Tuesday, June 30, 2009

Magic Hari Ini


Boleh bagi komen sket macam mana aku ambik gambar aku ni tanpa bantuan orang lain...
( oklah, sementara ko orang bagi komen tu..aku nak khatam buku yang baru aku beli ni..Bidadari DARI TIMUR(MEMOIR ISTERI SEORANG PEJUANG). Bila habis baca nanti, aku akan kongsikan apa yang aku dapat dari buku ni. Jumpa lagi...

Suasana Petang Di Tepi Tasik(Lokasi Di Rahsiakan)

Ntah macam mana, satu hobi baru telah menguasai keadaan di sebuah pusat pengajian tinggi(awam atau swasta dirahsiakan) di utara semenanjung setiap petang. Yang aku maksudkan hobi memancinglah,bagus sebenarnya hobi baru ni, makanya setiap petang berderetlah pemancing2 sama ada yang expert atau yang masih norvis lagi mencuba nasib.


Yang aku tak tahannya, kelab takraw hampir dibubarkan akibat hobi baru ni. Dahlah pemain cukup2 je. Yang boleh main sket2 pun dah pakat p mancing. Yang tak terlibat ngan takraw tu,aku tak kisahlah. Tapi nak buat buat macam mana kan. Hobi dan minat masing2. Aku doakan semoga semua akan bahagia dengan pilihan hidup masing2.

Saja aku letak gambar pemancing2 dari gambaran sisi dalam usaha mengaburi pihak musuh...huhuhu...

Majlis Penutup Konvensyen Usahawan Muda Peringkat Kebangsaan kali ke 13

Ahad malam Isnin lepas aku diamanahkan mewakili Ketua Jabatan aku ke majlis Penutup Konvensyen Usahawan Muda Peringkat Kebangsaan kali ke 13. Tak jauh pun...kat dewan politeknik je. Majlis disempurnakan oleh D.Y.T.M. Raja Muda Perlis.

Macam biasalah,ada dinner sekali. Bermula dengan bacaan doa dan disusuli oleh persembahan "menghiburkan orang yang sedang makan". Sambil2 menjamu selera tu Hazami buh 4 lagu kot. Pahtu ada penari siam pulok. Yang ni aku tak tahan sket. Pasai depa pakai baju tak cukup kain. Ngeri aku dibuatnya. Dahlah traffic "light merah", kain sembahyang pulok disidaian..faham2 jerlah..hanya jauhari yang mengenal manikam, (bukan johari yang mengenal maniam)...huhuhuhu..akukah yang berdosa.

Tapi yang bagusnya buat persembahan kat mana-mana majlis makan ni antaranya yang aku perhatikan, lepas satu-satu persembahan semua hadirin akan bagi tepukan "paling gemuruh" walaupun depa tak menghayatipun persembahan tersebut. Macam mana nak menghayati.."melantak" lagi best...

Jom tengok gambar2 yang sempat aku rakamkan ;
1. Gambar bekas hidangan yang dah "lincin"
2. Gambar bersama blogger terhangat PTSS(yang pakai baju Hijau tu, siap bersongkok).







Sunday, June 28, 2009

YANG INDAH ITU BAHASA

Aku sambung sket citer p pesta buku tu ...lepas selesai kat pesta buku tu cadangnya nak p makan kew teow baran( betul ke aku eja tu...huhuhu...) tapi tak buka pulok..wawawa. Aku teruskan perjalanan sampai ke Arau kemudian terus ke Jelempok.

Kebetulan dah maghrib, aku pun singgah solat jap. Macam biasalah aku ni, mesti masuk tandas dulu dan..............suspen...

Ini sebenarnya yang aku nak citer tu...INDAHNYA BAHASA WALAUPUN DALAM TANDAS..Siap pantun dua kerat lagi tu..ADA KUCING ADA TIKUS,SUDAH KENCING SILA JIRUS..HUHUHUHU..

Sejam Di Pesta Buku

Semalam aku sekeluarga sempat jugoklah p jenguk pesta buku kat Kangar. Kat dewan sekolah Khoon Aik Kangar. Bestlah jugok, cuma bila bawak anak2 ni payahlah sket. Kita pilih buku yang nak dibeli, dia pun "pilih" jugok buku yang nak "disepahkan". Tapi apapun tak rugi rasanya, pasal aku pun sempat jugoklah beli buku-buku yang lama dah aku cari...rupanya rezeki aku kat sini rupanya. Nak tahu buku apa..jom layan...

Kat sini aku masukkan jugok gambar gerai RCH kat luar dewan tu...satu perkembangan yang baik...BUKAN AWAL YANG DITANYA TETAPI KESUDAHANNYA BAGAIMANA..(tengok pada penanda buku HPA yang aku dapat tu..huhuhuhu..)



Friday, June 26, 2009

Seminar Kekeluargaan Siri 1































Saja aku perturunkan bukti bahawa aku p seminar tu. Yakinlah bahawa ilmu Allah itu sungguh banyak. Jangan berhenti dari terus mencari dan terus mencari. Rupa2nya banyak tersembunyi cerita-cerita duka dan hiba masyarakat kita sama ada yang muda atau yang tua, disebalik kemegahan pembangunan yang kita banggakan ni.
Antara perkara yang aku nak kongsi hari ni ialah rupa2nya ada "sindiket suci" untuk kawin kat Thailand...huhuhuhu... Sesiapa yang berminat, tolong jangan email atau sms aku..hehehehe..Pasalnya aku tak nak derita atas kebahgiaan orang lain..

P/s..Tak berhasrat nak buka cawangan walaupun penah ada cita-cita...huhuhu...upsss rahsia

Pertama Kali Terjadi..




Jangan terkejut bila baca tajuk tu....Maksud aku, pertama kali Si Razin tidur dalam bakul dia tu on the way nak p PASTI Padang Siding...So aku pun sempatlah tangkap(ambik) (orang tua2 kat kampung aku sebut "Pukul Gambar" ) dua keping gambar untuk aku buhkan kat sini..bukan senang nak tunggu ia berulang lagi tu..huhuhu...jangan marah..aku punya blog ....aku punya suka daaaaaaaaaa....

Wednesday, June 24, 2009

Si Dia Kembali

Catatan 24/06/2009
Insyaallah malam ni (maybe lewat malam sket kot- around jam 1 pagi kot ), aku dan anak2 kena p ambik umi anak2 aku (orang umah akulah tu) kat Dataran Lestari, belakang JPN Perlis.
Apa yang bakal terjadi selepas jam satu pagi tidak boleh diceritakan disini. Bluuuuuuuuuuuuurrrr.Biarlah rahsia(bukan pinjam kata2 sapa tau).
Alhamdulillah, hari ni along tak buat perangai dah..senanglah pulok hari...kelmarin buat perangailah jugok...tak nak bagi abi butangkan baju. Nak buat sendiri. Memang selalu ajar berdikari pun. Tapi pagi2 yang kalut tanpa Uminya, payah sketlah aku nak bagi along berdikari ni(atau akukah yang tak sabar).
Tapi Si Razin pulok buat perangai pelik. Tak penah2 sebelum ni dia tidur masa aku hantar dia p sekolah (PASTI)-saja aku sebut sekolah, biasakan anak2 katakan. Tapi hari ni dia tido dengan lenanya. Sampai kat sek pun, tak jaga lagi. Ntahlah pasal apa...penat duk "ngokah"(bahasa ganung) malam tadi kot.
p/s : Abe De, aku merindui komen2 mu.

Monday, June 22, 2009

Mana Satu Pilih Anda



Mana satu pilihan anda agaknya.
1. Jika berminat nak jadi Jutawan -Pilihlah Pelita Jutawan-Buku ni aku baca kat bilik Mantan Ketua Unit Kaunseling PTSS.
2. Jika berminat nak jadi wanita solehah-Pilihlah 50 Pesan Rasulullah Kepada Kaum Wanita. Buku ni adik aku bagi hadiah kat bini aku sempena konvokesyen kat PICC dulu(Putrajaya) , lama dah kira, tarikh aku tak ingatlah.
3. Jika pasangan yang dah lama kahwin dan ingin menyemarakkan cinta- Pilihlah Asam, Garam, Gula & Kopi. Buku ni aku beli sendiri coz aku memang peminat tulisan Abd. Jalil Ali. Mula jatuh cinta sejak baca tulisannya dalam majalah keluarga.
4. Jika jiwa anda sentiasa resah dan gelisah-Pilihlah La Tahzan( Jangan Bersedih)-
Semuanya saya dah habiskan kecuali yang no 2 tu je. Insyaallah akan dihabiskan dalam masa terdekat. Yang ni pun aku beli sendiri, seronok membacanya.


















Bekam(Hijamah)

Hehehe...Ini contoh bekam kat kepala, yang aku buat hari tu...aku ni selalu pening2 dan berat kepala...so try jelah.....tak sakit pun............ikhtiar je....yang kat bahagian belakang, tengkok dll takleh tunjuk coz lupa nak ambik gambarnya. Lain kali kalu aku buat pulok, aku buh lah ye...huhuhu...Bekam kat belakang ada sikit2 ada sakit maaaaa, tapi syok maaaaaa....eeehhhh cummmmmm

Arbain Bujang Kembali

Hari ni 22/06/09 hingga 24/05/09-aku bujang sementara-3 hari je kot, tapi aku tak kisah...dah makan bekal banyok2 doh malam tadi (untuk bacaan 18 tahun ke atas je..huhuhu...) ...nelang-(bahasa ganung lagi-gagah atau kuat bahasa buku bukan bahasa baku ) bunyi tu.
Aku pun sebenarnya dah lulus ujian bab2 jaga anok ni. Bukan buat anak je pandai bro, jaga anak pun pandai maaa. Bukan kali je aku, kena jadi Abi mithali(bukan Abi yang menyesali).
Bukti :
1. Masa bini p lawatan sekolah ke Ipoh Perak-masa tu Si Razin baru pandai niarap baru
2. Masa bini p kursus kat Penang -4 hari 3 malam- lama tu-menderita zahir dan batinlah lama sangat macam ni...huhuhuhu
Cuma satu je yang aku tak tahan dan pilu rasanya hati ini-bila kejap2 Along tanya : Dialog ;
Along: Umi mana Abi?
Aku : Umi keja.
Along : (jawapan balas) lambatnya Umi balik.
Bila soklan yang serupa ditanya..jiwa ini mula tersentuh dan aku pun mengalirkan air mata walaupun tidak teresak2 bunyinya...wawawawawawa
Bukan Along yang bercucuran air mata. Bapaknya yang lebih2...wawawawa...aku ni nampok je muka garang...tapi jiwa romantis....huhuhuu
Kali ni pulok kena tinggal(ditinggalkan) dekat je lokasinya(UUM Sintok, Kedah) tapi jauh maknawinya pasal takleh balik walaupun dekat. Maklumlah bawak budok2 istimewa. Tak leh berpisah 24 jamlah istilah orang sekarang ni.
Rutin harian Abi bila Umi tiada selalunya :
1 . Sebelum tido, kemaskan beg sekolah Along dan adik(tahun depan jadi angahlah kot-kalau ada rezeki..huhuhuhu)
2. Bangun tido 5.30-mandi biasa2 je...bukan mandi yang di*****kan
3. Siapkan diri, solat subuh.
4. Siapkan susu Along dan Razin
5. Simpan barang2 berkenaan dalam In Nova aku
6. Mandi dan siapkan Along
7. Tukar Pampers(Drypers) Razin( tak yah mandi dia ni, nanti selsema orang tua2 pesan-basuh mana yang perlu(bahagian sulit dan muka) -pahtu tampal bedak wangi sket..
8. Hantar p PASTI
9. Kurang lebih 5.15 ambik dari PASTI
10. Kul 6 , pusing PTSS ngan RGV
11. 6.30 bawak p main takraw.(hanya untuk orang2 yang tabah lepas kawin je)
12. 7.30- siapkan anak2
13. Lepas Isyak bersedia untuk tidoooooooooooo
14. Pagi esok rutin tadi jugoklah...
Kurang lebihlah tu....
P/s...jangan lupa kepok lekor Batang Merbau RM 10-ditujukan kat Tuan Pengetua adn juga Abe De...nanti bayarlah ok...hehehe

Mari Belajar Bahasa Ganung(terengganu)

Perkataan untuk hari ni

1. Pleting-straw/penyedut air-Contoh ayat : Abe De menyedut sirap lengkong menggunakan pleting
2. Cokeng-keadaan sesuatu yang tegang-Contoh ayat : Rambutnya jadi cokeng macam kena kejutan letrik...huhuhu...
3. Bolok Wok-keadaan kelam kabut/kusut masai(bukan misai)-Contoh ayat : Aku pun tak tau macam mana perkara tu jadi bolok wok. Bagai kusut yang tak terurai.(pinjam lirik lagu Ekamatra).
4. Wane Gamok- Apa khabar-Contoh ayat : Wane gamok Abe De pagi ni, nampak ceria je.

Friday, June 19, 2009

Takraw dan Ketabahan

Kali ni aku nak tulis topik takraw dan ketabahan. Kami anggap kami yang main takraw petang-petang ni kira antara suami-suami yang tabahlah.


Apa tidaknya...antara syarat-syarat nak main takraw jugok ...


1. Tebalkan telinga macam telinga gajah-supaya tak bertukar merah bila kena laser kat orang rumah.

2. Sanggup bawak anak p sekali(sambil main sambil pantau anak-anak kot jatuh longkang sekeliling gelanggang) atau paling tidak bawak pusing anak2 naik motor dulu...pahtu baru leh main.

3. Sanggup mandikan anak2 bila balik dari main tu.


4. Sanggup dengar bini kata ...awat tak makan je bola takraw tu...


TAPI percayalah wahai isteri-isteri disayangi sekelian...Buat kesekian kalinya kami ingin istiharkan bahawa kami adalah suami-suami dan bapa-bapa yang tabah...itu semua tidak akan halang kami untuk terus berjuang di gelanggang takraw.


p/s...petang2 berjuang di gelanggang takwaw...malam2 kita berjaung di gelanggang lain pulok...adakah kita masih berdaya....harap2 begitulah

Tak Jadi Diet

Bila aku nak kurus ni...huhuhuhuhu. Perut pun dah macam perempuan mengandung 7 bulan setengah dah ni. Petang tadi lepas solat jumaat dah pasang azam tak nak makan berat2 malam ni tapi akhirnya tak jadi jugok. Ingatkan nak makan telur singgang(menu kedai mee rebus kat kampung akulah bro -tak taulah kot2 tempat lain lain ada jugok) je dua biji ( best woo)...tapi tak jadilah pulok...kalau tidak kuat lah pulok(merindui iklan Lasindah Cafe)... malam-malam minggu begini.......harap-harap tak sia-sialah malam ni ye.Amin .
Kisahnya......ntah mimpi apa tak taulah bini aku petang tadi..aku bawak anak2 p main takraw(rutin aku setiap petang...kalau tidak jangan harap nak mainlah)...bini aku pulok p beli nasi ayam kat RCHlah pulok..mana boleh tahan...balik2 main takraw terus melantak..pahtu jadi "ikan bandaran" pulok...tolong perabis paha ayam yang along tak habis.
Makanya....perutku ini terus membuncit...makanya jadilah aku ni YB yang tak perlu masuk bertanding pilihanraya. Kiranya menang tanpa bentandinglah . Maka jadilah aku ini Yang Boroi bukan Yang Berhormat....

Iktibar Dari Khutbah Jumaat 19 Jun 2009

Hari ini alhamdulillah, walaupun politeknik cuti panjang dan yang tinggal hanya pensyarah, kakitangan pentadbiran serta pelajar yang ambil semester pendek, solat jumaat masih boleh dijalankan. Dapatlah 2 saf lebih sikit. Kira oklah tu. Khatib hari ni menyampaikan khutbah yang antara lain menyebut cinta, kasih dan sayang. Mula-mula tu suspen gak intronya. Kira set induksi yang baiklah tu....

Banyak bendalah yang khatib sebut, tapi tak semua aku dapat tulis kat sini. (sebenarnya aku tak ingat semuanya..huhuhuhu) ...tambah pulok sakit kencing tak lawas pulok sekarang ni dan seeh(sendat) perut.

Cuma kat sini aku nak kongsi kesimpulan yang aku dapat dari khutbah tadi iaitu cintailah dan sayangi Allah terlebih dahulu jika kita ingin dicintai Allah. Mudah-mudahan limpahan rahmat Allah sentiasa bersama kita. Bukan lama pun nak hidup kat dunia ni...Amin

Rumah Untuk Di Jual

Iklan : Rumah Untuk Di Jual
Lokasi : Taman Teluk Mas, Melaka, Bandaraya Bersejarah
Jenis : Rumah Teres Satu Tingkat(Corner Lot)
Harga : RM 145k

Jika berminat : Hubungi ajaknordin@yahoo.com untuk maklumat lanjut.Kalau kawan2 kat Poli Merlimau dan Poli Kota Melaka terbaca tu....tolonglah panjang2kan ye....tolong kawan2 jer...bukan sendiri punya.....

Berbakti Pada Bumi




Aku nak bagi yang ringan-ringan je dulu.....untuk tatapan semua....hahahaha
Ini pulok hasil berbudi pada tanah ......Pokok Betik, Serai, Kari.......








Add Image









"Jandaku" Yang Masih Dirindui....

Ini pulok gambar-gambar "jandaku".
Terima kasih kerana kau pernah membahgiakan aku dahulunya.
Jangan disesali pada pertemuan dahulu jika perpisahan terjadi hari ini kerana pertemuan itu pernah membuatkan kita bahagia dahulunya....
Walaupun gambarnya tak banyak tapi cukuplah untuk mengubat rindu di hati ini..budok kecik yang kacau daun tu nama dia Nursyuhada Najihah bt Razak...masih pelat walau umur dah 4 tahun lebih...pasal lahir hujung tahun kot...hehhehe...





















In Nova Aku....

Gambar In Nova aku...dari pelbagai sudut pandangan......ketahuilah bahawa aku puas memilikimu..... walaupun kita tidak pernah tidur bersama tapi aku selalu tidur....di dalam mu...huhuhuhuhuhu...


































Gambar yang ada muka aku sekali tu kat depan Masjid Putra Jaya(ambik gambar sendiri, tulah pasal gambar tak penuh....) . Tengah hari dan tengah panas tu....sebab tu muka yang macho
tu agak suram
Gambar yang lain-lain tu
kat Masjid Lana Bulu
(belah2 Kerpan, Kedah)
kalau tak silap aku(nama masjid je yang confius tu..)...masa tu kena jaga si Botak (Ruknuddin Razin Raziq bin Razaq ) tidur dalam In Nova masa majlis akad nikah perkahwinan adik ipo aku......

Lama Benar Dah

Dah lama benar aku tak update blog ni. Ntahlah pasai apa, aku pun tak tau. Antara sibuk atau menyibukkan diri atau malas atau kemalasan. Harap-harap hari ni 19 Jun 2009 akan menjadi permulaan langkah semula aku ke dunia blog(betul ke ayat aku tu,hehehehe).....harap2 kali ni tahi ayam aku hangat lebih lamalah.......huhuhuu....ko gano abe De...hanya satu pertanyaan...lombong emas dah boleh gali ko....huhuhu...hanya aku dan dia memahaminya.....