Hari ini alhamdulillah, walaupun politeknik cuti panjang dan yang tinggal hanya pensyarah, kakitangan pentadbiran serta pelajar yang ambil semester pendek, solat jumaat masih boleh dijalankan. Dapatlah 2 saf lebih sikit. Kira oklah tu. Khatib hari ni menyampaikan khutbah yang antara lain menyebut cinta, kasih dan sayang. Mula-mula tu suspen gak intronya. Kira set induksi yang baiklah tu....
Banyak bendalah yang khatib sebut, tapi tak semua aku dapat tulis kat sini. (sebenarnya aku tak ingat semuanya..huhuhuhu) ...tambah pulok sakit kencing tak lawas pulok sekarang ni dan seeh(sendat) perut.
Cuma kat sini aku nak kongsi kesimpulan yang aku dapat dari khutbah tadi iaitu cintailah dan sayangi Allah terlebih dahulu jika kita ingin dicintai Allah. Mudah-mudahan limpahan rahmat Allah sentiasa bersama kita. Bukan lama pun nak hidup kat dunia ni...Amin
No comments:
Post a Comment