Bila aku nak kurus ni...huhuhuhuhu. Perut pun dah macam perempuan mengandung 7 bulan setengah dah ni. Petang tadi lepas solat jumaat dah pasang azam tak nak makan berat2 malam ni tapi akhirnya tak jadi jugok. Ingatkan nak makan telur singgang(menu kedai mee rebus kat kampung akulah bro -tak taulah kot2 tempat lain lain ada jugok) je dua biji ( best woo)...tapi tak jadilah pulok...kalau tidak kuat lah pulok(merindui iklan Lasindah Cafe)... malam-malam minggu begini.......harap-harap tak sia-sialah malam ni ye.Amin .
Kisahnya......ntah mimpi apa tak taulah bini aku petang tadi..aku bawak anak2 p main takraw(rutin aku setiap petang...kalau tidak jangan harap nak mainlah)...bini aku pulok p beli nasi ayam kat RCHlah pulok..mana boleh tahan...balik2 main takraw terus melantak..pahtu jadi "ikan bandaran" pulok...tolong perabis paha ayam yang along tak habis.
Makanya....perutku ini terus membuncit...makanya jadilah aku ni YB yang tak perlu masuk bertanding pilihanraya. Kiranya menang tanpa bentandinglah . Maka jadilah aku ini Yang Boroi bukan Yang Berhormat....
1 comment:
YB juga untuk Yang Berbahagia, dan yang mcm2 lg...
Post a Comment