Keterangan Gambar
Duduk dari kiri ; Razak Nordin(Saya-Pemudahcara), Nur Fazlin(Pemudahcara),Prof. Madya Abdul Rahim Anuar, Kolej Undang-undang Kerajaan & Pengajian Antarabangsa, UUM, Puan Hajjah Hasimah bt Saleh, wakil Aman Palestin, Dr Abdul Waheed Jalal, Kolej Undang-Undang & Pengajian Antarabangsa, UUM, Pn Alwiyah Al- Yafii Kamal, Timbalan Setiausaha Kehormat Kuala Lumpur Foundation to Criminalise War dan Mr Naji Shukri, Wakil pelajar palestin, Phd student, UUM.(tiada dalam gambar-terkeluar dari fokus kamera)
Saya kira inilah antara pengalaman yang amat berharga yang pernah saya miliki setelah berkecimpung 10 tahun lebih dalam bidang yang saya lalui sekarang. Menjadi moderator Forum Keamanan Sejagat yang dibarisi ahli panel yang terdiri daripada Prof. Madya, Dr Phd, aktivis masyarakat dan juga "pelajar" yang sedang menyambung pengajian peringkat PHD. Pada saya bukan calang-calang ahli panel.
Terasa juga kecilnya diri ini berada di pentas yang "besar" itu. Tetapi alhamdullilah, dengan sedikit pengalaman yang dimiliki selama ini, semuanya dapat berlangsung dengan lancar walaupun acara berakhir agak lewat sehingga hampir jam 12 malam . Perut pula dipenuhi angin yang sedikit memeningkan kepala membawa ke pagi jumaat ini. Sudahnya mata tidak boleh lelap sehingga jam 3 pagi lebih. Sehinggakan pukul berapa saya terlena pun saya tidak pasti. Yang pasti, "eksos" saya berbunyi kata isteri pagi tadi. Kesannya membawa ke pagi ini. Kepala dan badan terasa seperti berada di "alam maya". Terawang-awangan.
Secara peribadi saya cukup seronok dengan apa yang saya lalui malam tadi. Tidak ada apa yang perlu saya kesalkan. Tidak perlu berpaling lagi. Asah "nipis"kan mana yang "tebal", tajamkan mana yang tumpul.
Razak Nordin berpesan ; Terima kasih kepada pihak penganjur kerana memberikan sedikit kepercayaan kepada saya. Suatu pengalaman yang dikira berharga.
3 comments:
ustaz u deserve it...mmg kami yakin ustaz mampu lakukan...gud job ustaz and well done.....tima kasih byk2 coz sudi memeriahkan kempen kami....
Yg glamer..yg org nampak..Yg tak glamer..yg org tak nampak..Faham ke ustaz?he..he..
tima kasih ustaz sbb dh byk tlg kami.. sbb kami yakin kt ustaz la kami pilih ustaz tuk malam 2.. ustaz mmg best..
Post a Comment