Sebaik sahaja saya membuka pintu rumah apabila pulang dari masjid malam tadi. Saya dikejutkan dengan kata-kata "pedas" ini dari anak sulung saya yang belum pun mencapai 4 tahun genap umurnya.
" Abi tak ajak kakak pun, Abi kata nak bawak kakak, tak nak kawan abi". Kata Along sejujurnya dan saya semacam terpaku seketika tetapi cepat-cepat "mengendurkan" suasana.
"Sorry, maaf, Abi "lupalah". Kata saya cuba mengajuk nada bahasa kartun. Sengaja mahu menutup lupa yang disengajakan itu.
"Jom naik motor". Pujuk saya. Dan alhamdulillah berjaya. Kami bertiga. Abi, Kakak dan Adik. Membelah suasana malam di sekitar kuarters barang seketika dan masuk balik kerana ada rintik-rintik hujan.
PUNCANYA
Akar kepada cerita di atas sebenarnya berlaku sebelum maghrib. Apabila Along nangis-nangis tidak mahu masuk ke rumah kerana belum puas bermain di luar rumah. Saya cuba memujuknya untuk membawanya ke masjid untuk solat isyak. Dia menolak dengan tangisan dan "pemberontakan" yang sederhana lamanya. Sangka saya dia menolak pelawaan itu sungguh-sungguh. Dan ketika ingin ke masjid untuk solat isyak, saya "buat-buat lupa" untuk mengajaknya sekali lagi sambil mengharapkan dia terlupa pelawaan saya tadi. Rupanya tidak. Buktinya dialog di atas.
Sebuah kisah kecil. Tetapi saya belajar sesuatu sebagai seorang bapa atau Abi. Sempurnakan janji walaupun hanya untuk anak kecil. Kerana sebenarnya itu adalah sebahagian dari pendidikan untuk anak-anak kecil kita. Menusuk secara halus dalam sanubari sucinya itu. Bukan itu yang harus kita "waris"kan untuk anak-anak kecil kita.
Razak Nordin berpesan ; Kadang itu Razak Nordin terlupa juga. Barangkali anda juga. Kecil pada "orang besar", tapi mungkin besar pada anak kecil itu.
1 comment:
betul la ustaz, anak2 ingat ja kalu janji apa2 dgn depa, saya dah byk kali kena...
Post a Comment