Apa sudah jadi dengan diri saya.
Pendaftaran kemasukan para pelajar baru akan bermula awal minggu hadapan. Bermakna semester baru akan bermula lagi.
'Malangnya' sehingga 'saat dan ketika' ini, saya sungguh-sungguh tidak bersedia untuk menghadapinya.
Pelik tapi benar.
Semakin lama bekerja, saya semakin hilang 'motivasi dan semangat perjuangan harmoni.'
Atau begitukah hukum alam?
Kelamaan dan rutin yang mengundang 'jemu dan kegelisahan'. Lalu acapkali 'terputus angin juga.'
Tetapi itulah yang sedang terjadi pada emosi dan perasaan dalaman saya.
Seperti Iman juga barangkali.
Adakalanya bertambah, ketika lain berkurang pula.
Kalau dulu-dulu, saya selalunya berasa seronok setiap kali menyambut 'kedatangan' semester baru.
Seronok menerima 'warga baru' dan juga seronok untuk memulakan proses pengajaran dan pembelajaran.
Seronok untuk bertemu pelajar-pelajar baru yang silih berganti setiap semester dan tahun itu.
Menjelang minggu hadapan, saya mempunyai masa kurang lebih empat hari lagi untuk mengembalikan 'semangat perjuangan harmoni' yang semakin malap itu.
Harapnya.
Jatuh, rebah dan mudah-mudahan dapat bangkit kembali.
Kepada Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, hambaMu bermohon dengan penuh raja', pulihkanlah semangat hambaMu ini untuk terus berbakti demi agama, bangsa dan negara.
Kurniakanlah kepada hambaMu ini kekuatan mental dan fizikal. Dan juga kesihatan mental dan fizikal. Dipermudahkan segala urusan berkaitan.
Tidak seperti manusia-manusia.
Engkaulah pembantu di kala senang dan susah. Satu-satunya 'teman sejati' ketika suka dan berduka lara yang setianya tanpa batasan. Tanpa rasa jemu, bosan dan menyampah.
Lalu.
Kenapa saya menulis di sini?
Kerana menulis merupakan salah satu cara saya menghilangkan resah di dada.
Tidak kiralah 'apa-apa sahaja' yang dituliskan.
Kecil atau besar.
Sedikit atau banyak.
Berat atau ringan.
Maaf.
Ini bukan satu pendedahan!!
Ini hanyalah satu 'terapi'...untuk diri sendiri.
Razak Nordin berpesan ; Betul ke kata orang 'Teman gembira senang dicari, teman berduka sukar dijumpai."
1 comment:
Anda benda lain Jak. Nanti jumpa kita bbual panjang. Demo kena contribute lebih lagi baru hilang boring
Post a Comment