Dalam seminggu ini saya telah menghadiri Kursus Pendedahan Pendidikan Khas yang telah diadakan di Bilik Seminar Patawali, Pauh Inn, PTSS. Antara 'kemestian hadir' dan rasa tanggungjawab yang terletak di bahu kiri dan kanan.
Kerana saya memiliki seorang adik lelaki bertaraf 'insan istimewa', barangkali lebih mudah untuk saya menyelami rasa hati serta 'menyentuh rasa' dari setiap patah perkataan yang disebutkan tentang insan-insan istimewa ini.
Daripada enam orang adik beradik dalam kelurga kami, telah ditakdirkan terselit seorang insan istimewa yang selalu kami gelarkannya sebagai penghuni syurga. Mudah-mudahan insan istimewa ini dapat membawa kami sekeluarga serta kaum keluarga kami juga ke syurga yang kekal abadi itu.
Saya percaya bahawa lahirnya tanpa tannggungjawab dan dosa.
Tiada pahala dan dosa tetapi suci bersih kerana dia bukan seorang mukallaf, yang akan dipertanggungjawabkan ke atasnya segala amanah kehambaan dan kekhalifahan.
Mungkin hidupnya dengan segala 'kekurangan' di dunia ini.
Tetapi saya yakin dia akan menjadi penghuni syurga yang kekal abadi. Insyaallah, segala kekurangannya di dunia ini akan diganti oleh Allah SWT di syurga nanti.
Hidupnya tanpa impian-impian besar.
Harta, pangkat dan kedudukan dan segala macam lagi.
Kalau ada pun impiannya yang paling besar hanyalah memiliki basikal dan raket badminton sendiri.
Atau pun kasut berwarna hitam yang selalu menjadi sebutan dan kegilaannya.
Dan tentunya, orang yang paling memahami dan menyayanginya adalah arwah ibu. Tiada galang ganti kerana cintanya tanpa syarat dan kontrak masa. Namun takdir Ilahi telah memisahkannya buat sementara waktu. Mudah-mudahan syurga menjadi tempat pertemuan yang kekal lagi abadi.
Adakalanya, sedih mukanya meraih simpati. Menyimpan segala kesedihan dan kegelisahan di sebalik renungan dan redup matanya.
Tiada kuasa untuk bersuara. Yang mungkin ada hanyalah rajuk dan airmata.
Itulah 'insan istimewa' yang diberi nama Mohd Shukri bin Nordin. Satu-satunya adik lelaki saya.
Lalu, tiada salahnya saya mempelajari dan menyelami serba sedikit 'dunia istimewa' itu. Mudah-mudahan saya dapat membantu insan-insan istimewa lain yang memerlukan khidmat saya seada dan semampunya, kalau pun tidak sepenuhnya.
Dengan mempelajari bahasa-bahasa isyarat..
Mempelajari isyarat tangan..
Peserta berehat seketika...
Cikgu-cikgu yang mengajar kami, bukan sekadar isyarat tangan tetapi membawa kami memahami dunia 'insan-insan istimewa'. Berkongsi cerita dan pengalaman...
Persembahan berkumpulan..antara yang sempat dirakamkan...
Persembahan paling bertenaga..Isyaratkan lagu "Tanya Sama Pokok"
Razak Nordin berpesan ; Bersyukurkah kita dengan segala anugerah Ilahi buat kita yang serba upaya ini?
3 comments:
lamanya tidk mengomel di sini... tahniah krn anda masih mnjd blogger yg tegar..;p
Huhuhu...ni mesti pasal pujian pada gambar yang terakhir tu...tapi memang layak pun..steady jer masa buat persembahan...penuh keyakinan...
penuh keyakinan la ustaz..pasai dah pernah nyanyi lagu nie masa kursus ngan ros sem lepas..hehe
Post a Comment