31 Disember 2010.
Hari terakhir tahun 2010.
Bukan sekadar 'berpesta' menyambut kedatangan tahun baru.
Kalau boleh.
'Melihat' 2010 antara tauladan dan sempadan untuk melalui 2011 yang akan menjelang.
Yang buruk dan keji, jadikan sempadan. Yang baik, jadikan tauladan. Mudah-mudahan semuanya mengarahkan kepada pembaikan diri secara berterusan.
Hisablah diri sebelum setiap diri dihisab di hadapan Allah SWT. Mungkin itu antara yang sepatutnya kita lakukan.
Razak Nordin berpesan ; Berhenti sebentar, merenung seketika bermuhasabah diri dan teruskan perjalanan seterusnya di atas landasan yang betul, Insyaallah.
No comments:
Post a Comment