Tahun baru bukan sekadar pesta dan bunga api. Bukan juga secukup ucapan-ucapan.
Jangan sesekali lupa bahawa setiap kali munculnya tahun baru ia membawa banyak makna sama ada yang tersurat dan juga yang tersirat.
Pasti ada yang akan berkurang dan bertambah bagi setiap saat yang berdetik. Begitulah juga setiap kali bertambahnya tahun-tahun dalam kehidupan dunia.
Tahun baru boleh jadi(baca sebenarnya) bermakna ;
Bertambah lagi usia kita.
Kita menjadi semakin tua.
Kulit tegang makin mengendur.
Wajah segak semakin berkedut dan kusam.
Kulit tegang makin mengendur.
Wajah segak semakin berkedut dan kusam.
Sisa usia semakin berkurang.
Sisa tenaga semakin menurun.
Bertambahnya amanah dan tanggungjawab yang mesti ditunaikan.
Pandangan mata makin kabur.
Sendi-sendi pula makin longgar serta sakit-sakit pula.
Hitam rambut makin berkurang.
Uban pula makin bertambah.
Kehidupan dunia semakin ditinggalkan.
Kehidupan akhirat semakin hampir.
Umur dunia semakin berkurang.
Kiamat semakin hampir.
Dan pastinya kematian semakin menghampiri.
Dan mungkin banyak lagi yang bertambah dan berkurang yang tidak dituliskan setiap kali munculnya tahun baru.
Cuba-cubalah perasan dan ambil peduli. Sikit-sikit kalau pun tidak banyak.
Kerana manusia adalah hamba dan khalifah yang ada amanah dan tanggungjawab multi demensi.
Dunia dan akhirat juga.
Razak Nordin berpesan ; Mudah-mudahan kita tidak salah dalam 'memandang'. Berseronok dengan 'kehilangan' dan 'kekurangan'. Pada saya pelik juga tu!!!
No comments:
Post a Comment