Friday, June 24, 2011

Lin Dan Dan Sho Sasaki-Mencari Beberapa Ibroh!






JAKARTA 23 Jun — Bintang China, Lin Dan, secara mengejut tersingkir dari Kejohanan Badminton Super Siri Terbuka Indonesia selepas dijinakkan oleh pemain Jepun pada saingan pusingan kedua di sini hari ini.
Penonton yang hadir di Stadium Istora Senayan di sini kecewa apabila melihat Lin Dan tidak menampilkan aksi sebenar sebagai jaguh dunia apabila tunduk 12-21, 18-21 di tangan Sho Sasaki.

Selepas perlawanan itu, juara Olimpik 2008 berusia 27 tahun itu memberitahu media bahawa beliau berasa amat letih berikutan masalah gastrik masih menghantuinya.

Pada Ahad lalu, Lin Dan menjadi mangsa ejekan dan sorakan penonton selepas menarik diri daripada perlawanan akhir menentang rakan senegara, Chen Jin, pada Siri Super Terbuka Singapura atas masalah kesihatan yang sama.

"Tiada alasan... saya tidak sengaja mahu kalah. Saya perlu berjumpa dengan doktor selepas pulang dan melihat apa masalah sebenar dalam perut saya,” katanya. - Bernama

Antara Ibrohnya ;

1. Ada hari kita, ada juga hari orang. Itulah namanya putaran hidup dunia. Bersedialah untuk menerima jatuh dan bangun sepanjang perjalanan hidup.

2. Usaha tangga kejayaan. Sho Sasaki buktikan.

3. Hidup ini banyak kemungkinan dan ianya boleh datang secara tiba-tiba dan berada di mana-mana. : Masalah gastrik masih menghantui Lin Dan sehingga boleh mengganggu prestasinya. Dan 'gangguan-gangguan' seperti ini boleh terjadi kepada sesiapa sahaja walau siapa pun kita dan di posisi mana pun kita berada. Kerana kita adalah hambaNya. Suatu peringatan.

4. Tidak mencipta alasan apabila gagal ; "Tiada alasan... saya tidak sengaja mahu kalah. Saya perlu berjumpa dengan doktor selepas pulang dan melihat apa masalah sebenar dalam perut saya,” katanya.

Setiap kisah ada ibrohnya.

No comments: