Hari Isnin saya terpaksa bercuti kerana si Razin demam.
Hari Selasa, demamnya sudah semakin kurang tetapi belum sembuh sepenuhnya.
Hari Rabu, demam si Razin masih belum sembuh dan Syuhaha Najihah pula turut demam. Isteri terpaksa bercuti untuk membawa anak-anak ke klinik. Bergilir-gilir cuti untuk menguruskan anak-anak yang demam.
Dan petang semalam saya pula yang demam. Bermula sikit-sikit semasa kursus MQA. Secara seriusnya bermula selepas maghrib membawa ke tengah malam dan seterusnya hingga ke pagi tadi.
Pagi tadi rasa macam ok dah, maka gagahkan jua ke pejabat. Tapi dalam pukul 8.30 pagi tadi sejuknya datang semula.
Lalu pekena penadol dua biji.
Tetapi badan masih rasa demam, sakit-sakit badan serta rasa nak muntah yang tak keluar-keluar.
Sehingga sekarang.
Mencari ibroh disebalik demam.
Demam dan Muhasabah.
Apabila kita demam,tenang-tenangkanlah hatimu kerana hati yang tenang akan mempercepatkan kesembuhan dengan Izin Allah. Nikmatilah kesakitan dengan sempurnanya sambil hati jangan dimatikan dari terus memuji zat yang menciptakan diri. Dialah Allah yang menjadikan kesakitan dan sedikit kepayahan dalam hidup untuk disempurnakan ganjaran di akhirat nanti. Dialah Allah yang sedia mendengar rintihan hamba-hambanya ketika menahan kesakitan kecil maupun besar. Dialah Allah yang tidak pernah meninggalkan manusia ketika ditimpa kesusahan. Maha Suci Dia yang ujud dalam setiap nafasmu dan semua penciptaannya.
Takala tubuh menjadi lemah jangan dibiarkan hati dan fikiran juga turut lemah.Mata dan telinga miskipun tidak upaya menangkap dari rupa benda dan bunyi tetapi hati tetap terus menerus memuji ilahi. Kita bukan hanya bersyukur pada benda yang ada tetapi tetap bersabar takala tiada.
Demam menjadi pembakar pada racun dan dosa dan jalan mana yang kita sendiri mungkin tidak terduga. Hari-hari yang kita lalui terlalu banyak patah perkataan,arahan,tindakan yang telah dilakukan. Semuanya kita lakukan dengan sesumpurna mungkin tetapi mungkin ada lagi yang tersalah tafsir dan bahasa maka semestinya kita mengharap keampunan yang sempurna dari Allah. Setiap saat kita cuba menjadi manusia terbaik pada pandangan Allah ,namun sudah tentu tidak akan dapat memuaskan hati manusia semuanya. Kepada Allahlah kembali segala urusan.
Jika tubuhmu masih demam,teruskan muhasabah sehingga sampai renunganmu bahawa kesakitan itu merupakan bunga kasih dari tuhan. Jika engkau ditakdirkan sembuh ,teruskanlah kebaktianmu sampai nafas tidak upaya dihela lagi. Jika engkau di beri kesakitan yang panjang ,nikmatilah sebuah suratan tuhan padamu tanpa keluh kesah kerana Allah tidak pernah meninggalkanmu sedetik jua pun dan Allah mengangkat darjatmu dengan kepayahan pada tubuhmu itu. Berbahagialah.

No comments:
Post a Comment