"Bukankah aku hamba Allah yang semestinya melaksanakan tugasku sebagai hamba. Kalaupun Allah telah menjaminkan Syurga untukku, itu hakNya. Tetapi hak aku ialah mensyukuri nikmat pemberianNya. Sepatutnya akulah yang paling banyak berterima kasih kerana terlalu banyak nikmat yang dikurniakan".
Itu jawapan kekasih Allah, Nabi Muhammad SAW bila ditanya untuk apa Baginda sembahyang sehingga bengkak-bengkak kakinya.
Itulah Rasulullah SAW, padanlah Baginda hamba yang paling Allah kasihi. Merendah diri yang sudah sebati dengan dirinya. Berstatus yatim piatu. Namun Baginda menjadi yang paling banyak mensyukuri nikmat kurniaan Allah, sekalipun telah dijamin Syurga untuknya.
"Dalam diam" Rasulullah SAW mengajar umatnya, bahawa inilah antara ciri-ciri hamba yang paling Allah suka. Walaupun dapat menyempurnakan amal ibadah, namun masih merasa dirinya tidak selamat. Sentiasa mengharap rahmat Allah, rasa malu, bimbang dan cemas dengan kemurkaan Allah.
Sebaliknya orang yang paling dibenci Allah ialah orang yang langsung tidak ambil peduli untuk beramal. Malahan sombong, takabbur dan tidak takut akan ancaman Allah. Namun pada masa yang sama dia yakin Allah Maha Pengasih dan merasakan Allah akan menyelamatkan dirinya di akhirat kelak.
Apa salahnya, bawalah sifat hamba walau ke mana jua dan di mana sahaja kita berada. Tiada ruginya bahkan Allah akan lebih mengasihi dan merahmati, Insyaallah.
Dan tiada ruginya juga melazimi sudahi segala amalan kita dengan ucapan, "Tidak ada daya kekuatan melainkan Allah jua."
Mudahkah untuk kita?
Yang acapkali juga terlupa betapa lemahnya kita sebagai hamba dan khalifah di sisiNya.

No comments:
Post a Comment