Lazimnya, semua manusia menghabiskan sebahagian besar hidupnya di beberapa tempat.
Sebahagiannya di rumah kediaman bersama kaum keluarga serta saudara mara. Dan sebahagian lagi dihabiskan ditempat kerja. Ini bukan bermaksud untuk menafikan bahawa manusia selalu juga menghabiskan sebahagian hidupnya di tempat-tempat lain seperti bermain, membeli belah, bercuti dan sebagainya. Dan tempat kerja pula usah disempitkan ruang lingkupnya.
Apabila saya memilih menggunakan perkataan lazimnya, apa yang saya cuba maksudkan ialah apa yang selalunya terjadi dalam kehidupan manusia.
Dan apabila kita berada di luar rumah, sebahagian yang kita temui adalah kawan-kawan yang dipanggil dengan pelbagai gelaran.
Ada yang panggil kawan. Ada yang gelarnya sahabat. Ada yang namakannya rakan. Ada yang panggil taulan. Ada yang panggil karib. Ada yang panggil teman. Termanya juga mungkin bergantung kepada sedekat dan sejauh mana hubungan seseorang dengan seseorang.
TENTANG KAWAN
Suka saya berkongsi pesan di bawah, yang disedut dari E Book HATI..Mengenali hati, cara menjaganya dan merawatnya oleh Ustaz Ahmad Adnan bin Fadzil. Mudah-mudahan ada kebaikan darinya.
Kawan juga mempunyai pengaruh terhadap hati kita. Jika kita berkawan dengan orang yang bersih hatinya, hati kita juga Insya-Allah akan turut bersih. Jika kita berkawan dengan orang-orang yang hatinya kotor, akhirnya hati kita juga akan turut menjadi kotor. Kerana itu Nabi s.a.w. berpesan; “Seseorang itu berada di atas agama temannya. Maka hendaklah setiap orang dari kamu memerhati dengan siapa ia berteman” (Riwayat Imam Abu Daud dan at-Tirmizi dari Abu Hurairah r.a.).

Para ulamak membahagikan jenis kawan kepada tiga;
a) Kawan yang diibaratkan seperti makanan; iaitu perlu selalu bergaul dan bersamanya sama seperti kita perlu mengambil makanan setiap hari untuk tubuh kita. Kawan seumpama ini ialah dari kalangan orang-orang berilmu, bertakwa dan soleh. Semakin banyak kita berkawan dengan orang-orang berilmu, bertakwa dan soleh, maka baik untuk hati kita.
b) Kawan yang diibaratkan seperti ubat; iaitu kita bergaul dengannya ketika perlu sahaja sama seperti kita mengambil ubat ketika kita sakit sahaja. Kawan jenis ini ialah dari kalangan orang-orang yang kita memerlukan mereka untuk urusan duniawi sahaja iaitu urusan kehidupan seperti jual-beli, perniagaan dan sebagainya. Kita tidak perlu terlalu rapat dan terlalu kerap bergaul dengan mereka kerana ia tidak memberi manfaat kepada kebaikan agama dan hati kita. Cukup kita bergaul dengan mereka dengan kadar yang dapat menyempurnakan urusan kita sahaja. Kecualilah jika mereka tergolong dalam kelompok orang berilmu dan soleh seperti di atas, maka haruslah kita bergaul rapat dengan mereka kerana di samping memenuhi tuntutan duniawi, dapat juga kita mengambil manfaat dari keilmuan dan kesolehan mereka.
c) Kawan yang diibaratkan seperti penyakit; iaitu kita perlu menjauhi mereka sejauh-jauhnya sama seperti kita menjauhi penyakit kerana takut menjangkiti kita. Kawan jenis ini dari kalangan orang-orang fasik, kaki maksiat dan ahli Bid‟ah. Orang-orang dari jenis ini sekali-kali jangan kita berkawan dengan mereka kerana nanti sikap dan perilaku mereka akan merosakkan hati kita.
No comments:
Post a Comment