Hari ni pelajar baru mula mendaftar. Kira ramai jugoklah kalau nak banding ngan intake yang dulu2. Minggu lepas yang dah jawab nak datang kurang lebih 1751. Kalau ikut norma 1800 orang. Harap2 semuanya berjalan lancarlah walaupun aku tak terlibat secara langsung.huhuhuhu
Hari ni juga aku kena siapkan semakan terakhir pemurnian dokumen ISO. Pasal hari ni nak hantar kat Unit Multimedia untuk di"bakar"kan CDnya. Petang rabu kena bagi taklimat kat pelajar baru pulok tentang ISO ni. Tapi aku ingat nak bagi ringkas2 jer. Bagi yang asas2 jer untuk kali pertama pada pelajar baru ni.
P/s : Maaflah, tak sempat nak tulis lagi pasal ulasan ke dua-dua buku yang aku dah siap baca tu. Tapi hakikatnya aku menitiskan air mata banyak kali. Barangkali kerana impian dan jalan hidup kami sama. Memudahkan aku untuk menyelami keperitan hidup Nik Nur Madihah.
Untuk buku Bidadari Dari Timur.Barangkali juga aku terlalu mengkagumi peribadi Tok Guru. Terasa diri ini terlalu kerdil sebagai hamba dihadapan Allah. Membakar diri untuk Allah, walau jasad dimamah usia. Berdakwah bukan sahaja melalui kata-kata tapi dibuktikan dengan amalan yang mulia.
1 comment:
Salam syeikh, lagi sekali. Cuba baca entry saya, dua kali aku menitiskan air mataku. Tengok, nangis tak nangis :)
Post a Comment