Thursday, July 30, 2009

Manusia Hanya Berikhtiar, Allah Maha Berkuasa

Kebetulan(sebenarnya telah dijadualkan) malam tadi aku jadi "ambulan" untuk bawa pelajar-pelajar kamsis yang sakit bagi kes kecemasan ke hospital. Tambah pulok musim-musim macam ni. Risaulah jugok bila aku bila rakan warden telefon kata ayah pelajar telefon kata anaknya demam teruk. Kebetulan pulok masa tu tengah azan kat Pusat Islam. Aku masa tu memang dah bersiap nak pergi Pusat Islam dengan bapak aku. Jadinya bapak aku tak jadi pilah, terkilanlah jugok aku sebenarnya. Tapi nak buat macam mana. Kita merancang, Allah tentukan.

Lepas solat maghrib kat Pusat Islam,dengan sedikit "kalut dan kebimbangan" aku terus je bawak pelajar tersebut ke Hospital Kangar. Sambil tu sempat gak aku tanya, sakit apa kat pelajar tu. Dia kata gastrik. Laaaaaaa,(masa ni" kalut dan kebimbangan" dah mula hilang), tapi aku tak sebutlah kat pelajar tu pasal bapak dia kata dia demam teruk. Silap maklumat kot.


Sambil-sambil tunggu pelajar tersebut dapatkan rawatan, sempatlah aku sembang-sembang ngan Mak Guard kat situ. Aku saja-saja tanya pasal "topeng" yang dipakai oleh pekerja hospital tu, depa beli kat mana. Hasilnya,sila tengok kat bawah ;



Inilah hasilnya ; aku pun dapat topeng percuma. Mak Guard tu tolong ambilkan. Tq Mak Guard.

Razak Nordin berpesan ; Ikhtiar dari manusia, tapi ketentuan dari Yang Maha Esa. Berdoalah mudah-mudahan kita semua dilindungi dari segala bala atas dosa-dosa yang kita lakukan. Amin

1 comment:

adanz said...

ambik brapa dozen? jom g make be, jange buko topeng tu