Thursday, July 23, 2009

Mereka Pernah berkata

"Bagi saya lebih baik muflis daripada mati!" -Sirivat Voravetvutthikun, Broker saham yang bertukar menjadi penjaja sandwich.

"Ketika saya tiba di Amerika-BOOM! Pertama, saya tidak tahu cakap bahasa Inggeris. Dan kedua, tak ada seorangpun yang kenal saya-semasa saya berjalan di jalan raya, tak ada seorangpun yang ambil peduli.-Jackie Chan.

Kerana tidak mampu menyaranya semasa bayi, ibu bapa Jackie telah mempertimbangkan untuk menjual beliau dengan harga US$ 26.00 (RM 65.00) kepada pakar obstetrik Inggeris yang menyambut kelahiran beliau. Ketika masih seorang kanak-kanak berumur 7 tahun, beliau telah diperantiskan di Akademik Opera China yang terkenal kerana kedahsyatannya, tempat beliau terpaksa menahani jadual latihan menyeksakan, dalam bidang muzik, tarian dan seni bela diri tradisional Cina, dari jam 5 pagi hingga tengah malam selama 10 tahun. Latihan yang diterimanya sungguh keras dan kejam, yang mana para pelatih dipukul dan tidak diberi makan jika tidak menunjukkan prestasi memuaskan.

"Susah benar, susah benar", kata Jackie. "Jadi, daripada saya cuba meniru dia (Bruce Lee), lebih baik saya menjadi diri saya sendiri."

Pada suatu masa dua orang pembantu Thomas Edison yang kecewa berkata : "Kami baru sahaja menyiapkan ujikaji kami yang ketujuh ratus dan kami masih belum mendapat jawapannya. Kami telah gagal."

"Tidak sahabat-sahabatku, kamu belum gagal," jawab En. Edison. "Hanya yang sebetulnya kita yang lebih mengetahui tentang perkara ini daripada sesiapa pun yang hidup ketika ini. Dan kita yang lebih hampir mendapat jawapan kerana kini kita tahu tujuh ratus perkara yang tidak patut kita buat. Anggaplah ia suatu "pendidikan".

(Dipetik dari buku "BERANI GAGAL"-Pengarang Billi P.S. Lim)


Razak Nordin berpesan ; Kalau tiada hujan mana mungkin munculnya pelangi.

No comments: