Alhamdulillah.
Secara rasminya, 15 minggu pengajian Sesi Jun 2010 sudah hampir ke penghujungnya.
Insyaallah.
Esok akan menjadi pertengahan minggu ke 15 sebelum melabuhkan tirainya pada hari Jumaat ini.
Mengikut jadualnya, peperiksaan akhir akan bermula pada 1 November 2011 dan dijangka berakhir pada 12 November 2011. Tepatnya, mengambil masa dua minggu secara keseluruhannya.
Antara alhamdulillah dan insyaallah tersebut.
Saya lalui beberapa semester kebelakangan ini dengan perasaan yang berbaur. Sebelas tahun yang telah dilalui sebenarnya bukanlah lama sangat pun. Namun adakalanya saya semacam 'keliru yang tak sudah' dengan sebahagian perjalanan hidup yang sedang dilalui.
Sama ada.
Mampu atau tidak, saya datang sebagai 'kawan dan pulang sebagai keluarga' dalam bidang yang saya berada sekarang ini.
Atas sebab itu, izinkan kali ini saya 'tabik spring' untuk tenaga-tenaga pengajar sama ada di sekolah-sekolah, IPTA-IPTA, IPTS-IPTS serta lain-lain pusat pengajian dari semua peringkat. Rendah, menengah dan tinggi. Khususnya, mereka-mereka yang telah menghabiskan sebahagian besar hidup menjadi seorang guru, cikgu, pensyarah, Prof. Madya, Profesor dan sebagainya di bilik-bilik kelas serta bilik-bilik kuliah bersama para pelajar yang silih berganti setiap semester dan tahun.
Dalam banyak keadaan, susah juga untuk saya memahami serta menyelami semangat dan kegigihan mereka menjadi murabbi, mengajar, mendidik, membimbing serta memandu anak-anak generasi yang berbeza.
Lebih-lebih untuk memahami generasi-generasi awal yang begitu tabah dalam perjuangan. Dalam bidang apa sekalipun.
Menjadi setabah.
Abu Bakar As Siddiq.
Umar Al Khattab.
Uthman bin Affan.
Ali bin Abi Talib.
Imam-Iman yang hebat.
Imam Syafei.
Imam Nawawi.
Imam Hambali.
Imam Maliki.
Tokoh-tokoh hebat lain.
Ibnu Sina.
Ar Razi.
Al Kindi.
Al Biruni.
Al Khawarizmi.
Al Haitham.
Ibnu Al Baitar.
Az Zahrawi.
Jabir bin Hayyan.
Dan tentunya banyak lagi nama yang tidak dituliskan tetapi pernah menjadi mata-mata rantai kelangsungan perjuangan ummah dari generasi ke generasi sehinggalah ke hari ini.
Paling tidaknya, mereka telah membuktikannya kepada Allah SWT yang mereka percaya dan sembah, RasulNya yang menjadi uswah dan qudwah sepanjang zaman dan juga generasi selepasnya.
Bahawa, mereka tidak pernah mengalah dan merajuk sebagai perjuang. Sama ada di medan yang bisa meleleh dan menumpahkan darah serta keringat di bumi kering lagi tandus.
Juga di bidang ilmu secara khusus yang menuntut pelbagai kesabaran dengan segala macam kesusahan dan kepenatan juga. Agar segalanya dapat diwariskan kepada generasi akan datang. Generasi sebelum kita, generasi kita dan insyaallah generasi akan datang.
Bukankah itu yang lebih baik untuk diwariskan?
Sedekah jariah.
Ilmu yang bermanfaat.
Anak-anak soleh yang sentiasa mendoakan.
Bukankah semuanya itu kerana AGAMA. Dan adakah saya sedang dan makin memahami?
Tetapi hidup ini adalah realiti bukan fantasi dan khayalan. Merasai bukan bayangan.
Sekali lagi.
Mudah-mudahan.
Dalam kepayahan ada kemudahan.
Dalam tangisan ada kelegaan.
Dalam kesesatan ada jalan keluar.
Dalam kekusutan ada keleraian.
Razak Nordin berpesan ; Ketika lelah bangat untuk berfikir dan berkritis-kritis, termangu menghisab diri.
No comments:
Post a Comment