Ini bukan pasal petua. Kerana itu bukan bidang saya.
Hanya satu perkongsian ringkas hasil pengalaman seorang kawan.
Petang tadi seorang kawan bercerita bahawa beliau menghidapi sakit mata malam tadi. Kira teruk jugalah katanya.
Tetapi alhamdulillah, selepas beberapa kali menitikkannya dengan susu 'ibu anak'nya, keadaan bertambah baik pagi ini. Jadinya tidak perlulah dia pergi ke klinik untuk mendapatkan rawatan lanjut. Sekurang-kurangnya untuk waktu ini.
Dulu-dulu saya biasa mendengar 'petua' ini dan tidak menyangka saya akan mendengarnya lagi hari ini dari seorang kawan yang telah mencuba dan terbukti berkesan setakat ini.
Kira hebat jugalah warisan orang-orang terdahulu ini. Entahlah dari mana ilmu tersebut diperolehi. Sayangnya tidak banyak yang dikaji serta dibukukan, hingga akhirnya banyaklah yang hilang ditelan zaman dan kemodenan.
Razak Nordin berpesan ; Kepada sesiapa yang terkena sakit mata, bolehlah mencuba kaedah rawatan ini. Moga-moga ada kesembuhan dengan izin Allah SWT. jua.

No comments:
Post a Comment