Sementara menunggu kedatangan pelajar untuk kelas jam 3.00 petang ini.
Mengajar subjek teori dan berstatus 'kelas kedua' memaksa saya untuk sentiasa berfikir dan ber'kreatif' 'konon'nya untuk menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran menarik serta tidak membosankan. Saya sendiri yang sudah semakin 'tepu' dan para pelajar mungkin juga begitu, yang seminggu sekali bertemu itu.
Dua Dalam Satu.
'Tempat kuliah' kondusif satu hal. Teknik dan kaedah yang berkesan pula satu hal yang lain pula.
Saya masih percaya bahawa gabungan kedua-dua perkara ini penting dalam menentukan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.
Bagi subjek teori dan berstatus 'kelas kedua', jam 2 hingga 5 petang mungkin bukan masa yang sesuai untuk sesi pengajaran dan pembelajaran berlaku. 'Menambah buruk' lagi apabila 'suasana, tempat dan persekitaran' yang kurang kondusif.
Bilik kuliah yang hangat lagi membahang, merimaskan dan 'memeluh'kan semua penghuninya. Sama ada yang mengajar atau yang diajar. Yang bercakap atau yang mendengarnya.
Dan.
Hari ini, saya memilih koridor Pusat Islam Luqman Al Hakim sebagai tempat yang 'kondusif' untuk kelas petang ini. Cuba mengubah kebiasaan menjadi kelainan. Harap-harap berbaloilah.
Berbaloi atau tidak?
Saya dengan penuh sabar masih menunggu saat dan ketikanya, paling tidak pun sebahagian besar bilik-bilik kuliah di politeknik ini dipasang dengan penghawa dingin demi keselesaan semua yang terlibat semasa berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran.
Dan dengan teknik yang baik dan berkesan semampunya, diharapkan dapatlah menambah nilai kepada keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.
Bukankah 'akal yang sihat itu berada dalam badan yang sihat dan sejahtera juga'.
Razak Nordin berpesan ; Mudah-mudahan. Belanjawan yang bakal menyusul jangan pula 'terlepas pandang' perkara ini
Sambungan ; Tidak sempat publish sebelum jam 3 tadi.
Catatan hujung ; Rupanya kelainan yang cuba dilakukan hari ini membuktikan berubah tidak semestinya menghasilkan natijah yang lebih baik.
Senang.
Laptop, LCD
Bercakap.
Bersoal jawab.
Catatan hujung ditulis sekitar jam 6.45 petang. Muhasabah untuk hari ini.
Razak Nordin berpesan ; Mudah-mudahan. Belanjawan yang bakal menyusul jangan pula 'terlepas pandang' perkara ini
Sambungan ; Tidak sempat publish sebelum jam 3 tadi.
Catatan hujung ; Rupanya kelainan yang cuba dilakukan hari ini membuktikan berubah tidak semestinya menghasilkan natijah yang lebih baik.
Senang.
Laptop, LCD
Bercakap.
Bersoal jawab.
Catatan hujung ditulis sekitar jam 6.45 petang. Muhasabah untuk hari ini.
1 comment:
transformasi bilik seminar buh aircond ustaz..Itu saya setuju. Tapi jgn lak ustaz concerd pulak hee..he...
Post a Comment