Lakukanlah amal-amal ibadah serta kebajikan sehabis baik dan selebihnya biarlah TUHAN yang melakukan 'kerja-kerja'Nya. Sekalipun seolah-olah tiada bantuan dan jalan keluar terhadap masalah-masalah dan pelbagai macam mehnah di sepanjang perjalanan hidup kita.
Mengalirlah seperti air dan jangan pernah sesekali cuba menyalahkan ketentuan takdir dariNya. Kerana manusia hanya mengetahui apa yang terzahir di depan mata, itu pun bukan semuanya, tetapi Allah Maha Mengetahui jauh ke hadapan tentang ketentuan yang terbaik bagi sesiapa yang mengasihiNya dan dikasihiNya jua.
......Allah redha akan mereka dan mereka pun redha (serta bersyukur) akan nikmat pemberianNya. Balasan yang demikian itu untuk orang-orang yang takut(melanggar perintah) Tuhannya. (Al Bayyinah ayat 8)
Mudah-mudahan mereka itu adalah kita, penyambung generasi Uwais Al Qarni.
No comments:
Post a Comment