Ada dinyatakan bahawa di suatu tempat dalam diri sesiapapun terpendam benih yang boleh mendatangkan hasil. Kalau dirangsang dan dimanfaatkan dalam tindakan boleh membawa sesiapapun ke tahap yang tinggi seperti yang belum pernah anda harapkan.
Antara Cinta Dan Keyakinan.
Abraham Lincoln gagal dalam segala hal yang dicubanya hingga dia berumur empat puluh tahun. Dianggap sebagai orang yang tidak berguna, tidak jelas asal-usulnya hinggalah pengalaman yang besar datang dalam kehidupannya, membangkitkan kepintaran yang tidur nyenyak dalam hati dan fikirannya lalu melahirkan seorang yang benar-benar masyhur. "Pengalaman" itu berpadu dengan emosi kesedihan dan cinta. Semuanya ini datangnya melalui Ann Rutlege, satu-satunya wanita yang benar-benar dicintainya.
Seorang lelaki yang sangat termasyhur iaitu Mahatma Gandhi, dari India. Pada lelaki ini dunia memiliki salah satu contoh yang paling menakjubkan. Gandhi mempunyai kekuatan potensi yang lebih besar daripada sesiapapun yang hidup pada zamannya. Dan kekuatan itu dimilikinya walaupun dia tidak punya kekuasaan ortodok seperti wang, kapal perang, perajutit dan peralatan perang lainnya.
Gandhi tidak punya wang, tidak punya rumah, tidak punya pakaian, tetapi dia memiliki kekuasaan.
Bagaimana dia dapat memiliki kekuasaan?
Dia menciptakannya daripada pemahamannya mengenai prinsip keyakinan dan melalui kemampuannya menanamkan keyakinan ini ke dalam fikiran dua ratus juta rakyat.
Gandhi mencapai hasil yang menakjubkan mempengaruhi dua ratus juta fikiran untuk bersatu dan bertindak secara serentak sebagai satu fikiran tunggal.
No comments:
Post a Comment