Realiti dan cabaran dalam membesar serta mendidik anak-anak. Tunas-tunas harapan agama, bangsa dan negara bahkan dunia pada masa hadapan. Kalau boleh, biarlah semua mengikut acuan kita sesuai dengan kehendak Allah dan RasulNya.
Cemerlang di dunia, cemerlang di akhirat.
Fardhu Ain cemerlang, fardhu kifayah juga cemerlang.
Itulah 'ideal'nya. Seimbang, bahasa orang sekarang. Seiring dan sejalan dalam menuju dua destinasi cemerlang itu.
Barangsiapa yang berkehendakkan dunia, maka hendaklah dengan ilmu. Barangsiapa yang berkehendakkan akhirat, maka hendaklah dengan ilmu. Dan barangsiapa yang berkehendakkan kedua-duanya, maka hendaklah dengan ilmu. Ini pula antara pesan Rasul Junjungan.
Tapi jalan untuk mencapainya tidaklah semudah congak-congakan. Kalau begini mesti jadi begini. Kalau begitu akan jadi begitu.
Kalau silap percaturan, yang dikejar taklah dapat, yang dikendung berciciran pula. Itu barangkali bukan impian seorang bapa dan ibu yang waras.
Tapi itu semua, bukan kerja kita sepenuhnya. Campurtangan Allah jangan dilupa.
Dicampurkan dengan sedikit sebanyak tekanan dari dalam dan luar diri, kita(baca:saya) adakalanya menjadi cepat marah dan tertekan dalam membimbing dan mendidik anak-anak. Walaupun kita bukan Tuhan, tetapi yang kita selalu mahukan adalah 'Kun Pa Yakun'. Kata jadi, maka jadilah.
Dan apabila tidak menjadi seperti yang dikehendaki, kita menjadi marah dan tertekan. Dan sedikit sebanyak anak-anak akan kenalah sebiji dua. Habuan lepaskan geram.
Marah pun cepat, nanti menyesal pun cepat juga. Lalu Allah memberikan ilham.
Marah pun cepat, nanti menyesal pun cepat juga. Lalu Allah memberikan ilham.
Siapa yang bersalah? Perlukah mencari jawapan?
Malam semalam tiba-tiba Allah SWT membuka pintu hati saya. Memberi ilham kepada saya untuk 'duduk sebentar' melihat di mana betul salahnya tindakan yang 'bukan selalu' saya lakukan itu.
Bertanya kepada diri sendiri. Setakat ini sudah berapa kalikah kita telah berdoa secara 'secara tepat' untuk anak-anak. Menyebutkan satu-satu persatu secara jelas kepada Allah SWT apa yang kita mahukan untuk anak-anak. Mengemukakan senarai panjang kepada Allah SWT apa yang dihajatkan untuk kebaikan dunia dan akhirat anak-anak. Sedangkan kita tahu bahawa Allah SWT tidak akan pernah jemu-jemu untuk selalu menerima senarai-senarai panjang dari hamba-hambaNya.
Orang yang tidak berdoa kepadaNya, itulah orang-orang yang sombong. Itu ingatan Allah.
Yang mungkin ada, doanya hanya secara umum sahaja. Atau tiada langsung. Doa hanya untuk diri sendiri. Lalu kita memilih untuk marah-marah apabila anak-anak tidak seperti yang kita harapkan. Patutkah kita?
Usaha yang seiring dengan doa atau doa yang seiring dengan usaha, bukan asbab untuk kita berhujah mana yang patut lebih dahulu.
Berjalanlah seiring, mudah-mudahan hidup ini selalu diberkati mengikut acuan Allah.
Selepas berazam, maka bertawakkallah kepada Allah SWT.
Berdoalah Abi dan Umie, untuk anak-anak mu! Lepas tu marahlah berpada-pada.
Selayaknya. Kerana engkau juga pernah seusia mereka! Moga-moga Allah membuka jalan-jalanNya.

No comments:
Post a Comment