Tuesday, September 29, 2009

Ya Allah, Hanya PadaMu Ku Mohon Kekuatan

Sebetulnya "semangat dalaman" diri ini belum pulih sepenuhnya. Hanya pada Allah Yang Maha Esa ku mohon agar "semangat dalaman" itu akan pulih secepat mungkin. Kehilangan ibu tercinta pergi mengadap Ilahi pada pagi Syawal 1430H yang baru lalu masih membekas di hati ini. Semoga rohnya di rahmati Allah selamanya. Perjalanan sesudah subuh di pagi 1 Syawal 1430H dari Kuala Kangsar ke Marang, Terengganu cukup menguji ketabahan dan menuntut penyerahan diri yang paling maksima pada Allah Yang Maha Esa. Dalam kepasrahan itu, aku gagahi pemanduan bersama isteri dan anak-anak tercinta. Ibu tidak sedarkan diri selepas terjatuh dan setelah di"scan" didapati saluran darah dalam kepala ibu telah pecah. Ketika menerima perkhabaran itu, aku sudah pasrah bahawa harapan untuk ibu kembali sembuh hanyalah 1%. Dalam kepasrahan itu aku masih menadah tangan sambil mengharapkan keajaiban dari Allah S.W.T. Hanya keajaiban milik Allah. Ketentuan Tuhan akhirnya tiba juga. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk ibu tercinta. Setiba di kawasan Tasik Banding, aku menerima sms dari Maxis bahawa ada panggilan yang "tidak boleh masuk" kerana masalah tiada "line". Bila aku telefon kembali nombor telefon tersebut, adik ipar memaklumkan bahawa ibu telah tiada dan akan dibawa ke rumah Tok di Kampung Jenang, Marang, Terengganu. Serentak itu juga entah berapa banyak airmata ini menitik ke bumi milik Allah ini di pagi 1 Syawal itu.
Bukan aku tidak redha dengan ketentuan Ilahi. Perjalanan hidup yang pernah dilalui oleh ibu tercinta membuatkan perasaan ini terlalu hiba untuk di kenang lalu menjatuhkan manik-manik jernih yang sedikit mendamaikan jiwa. Semuanya biarlah ku simpan dalam memori hidup ini sampai bila-bila pun. Akhirnya ibu pergi bersama "kerinduan" kepada anak-anak serta cucu-cucu yang akan terubat di Syurga, Insyaallah.
Apapun aku bersyukur kerana sempat juga bersama-sama memandi, mengkafan, menyembahyang serta menguburkan jenayah ibu bersama Mak Da serta adik beradik yang lain untuk bersemadi di tanah tumpah darahnya setelah lama ibu berkelana mencari "kedamaian" hidup. Titik.
Kesempatan ini aku ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada ;
1. Abang Mad dan Kak Nor yang banyak bersusah payah sehingga selesai segalanya.
2. Semua adik -adik yang lain serta ipar-ipar kerana sanggup mengorbankan kemeriahan raya masing-masing.
3. Tok serta mak-mak saudara sebelah mak yang banyak membantu.
4. Penduduk-penduduk kampung Jenang, Marang, Terengganu yang banyak membantu.
5. Pihak Hospital Paka, Hospital Dungun dan juga Hospital Kuala Terengganu .
Seterus mohon maaf banyak-banyak ;
1. Pada isteri dan anak-anak serta keluarga mertuaku kerana "mengambil" giliran raya yang sepatutnya di Kuala Kangsar tahun ini.
2. Pada kawan-kawan yang hantar SMS Hari Raya tetapi tidak berbalas. Hakikatnya aku amat menghargai semua SMS kalian tetapi malangnya aku tiada kekuatan untuk membalasnya saat itu.
3. Pada semua pelajar SHK 4, DSK 4, DIP 3 dan DOE 3 jika kelas minggu ini agak "kurang bermaya". Sesungguhnya saya sentiasa berusaha dan berazam memberikan yang terbaik untuk anda sekalian. Walaupun adakalanya terpaksa menyembunyikan kesedihan hati serta gagahkan diri walaupun badan ini tidaklah "sihat sangat", demam-demam, sakit-sakit badan, serta kepala yang masih pening-pening. Segalanya kerana aku amat menyintai bidang ini serta kalian semuanya. Berkat asuhan ibu juga.
Razak Nordin berpesan ; Ibu...terima kasih atas segalanya. Tiada lagi pelukan dan airmatamu untuk anak kedua ibu ini.
Razak Nordin berpesan ; Buat adik beradik..marilah kita berdoa memohon rahmat Allah S.W.T. moga kita semua dipertemukan dengan ibu di Syurga yang abadi dan kekal di dalamnya. Ingat pesan ibu selalu..Jaga solat..jaga solat..jaga solat...

9 comments:

Mata Gembira said...

salam takziah..semoga roh ibu tercinta bersama para solehin

dba4624 said...

sori ajak, sy xtau pn .baca n3 ni, bru tahu..ape2 pn tkziah,smg roh dicucuri rhmt.amin.

adanz said...

salam takziah... kadang2 bicara hati itu lebih mendalam dari mulut yg berbicara... kawe teramat memahami keadaan ini, tabahlah be...

Mohsen Amdan said...

Salam Takziah en Razak..
Allah menguji manusia mengikut tahap imannya..semakin berat, semakin tinggi iman seseorang...
Kuatkan hati dan jiwa..redha dengan ujian melanda..sama - sama kita berdoa agar segala amalnya menjadi teman dialam seterusnya

eMma said...

takziah ustaz...semoga tabah menghadapi ujian allah s.w.t...
al-fatihah....

Ibnnordin said...

Tq untuk semua yang menghulurkan salam takziah.

Anonymous said...

salam takziah diucapkan kepada ustaz di atas pemergian bonda tercinta...kami harapkan ustaz kuatkan semangat dalam mengharungi hari - hari yang mendatang..semoga roh allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan org2 yg soleh dan beriman.....ikhlas daripada pelajar dsk4 (syazliana,risha,husna,hidayah(H),dan fatihah)

Unknown said...

takhziah dari hafizi dan keluarga hafizi, semoga roh arwah ibu ust dicucuri rahmat...amin

naufalfaez said...

Ya Allah, ampunilah kami, dosa-dosa kami, kedua-dua ibu bapa kami. Rahmatilah mereka sebagaimana mereka memelihara kami sedari kecil lagi, begitu juga kesemua Muslimin, Muslimat, Mukminin, Mukminat yang hidup dan yang mati dengan Rahmat-Mu wahai Allah, Tuhan Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Amin...
Salam takziah Ustaz..buka blog demo baru tau berita ni..kuatkan semangat dan sentiasa tabah selalu dari ad sekeluarga