Sunday, December 6, 2009

Pemakanan Sihat + Seimbang + Senaman=Disiplin

Untuk saya ;
Tiada lagi nasi lemak.
Tiada lagi perut lembu cicah cuka campur kicap.
Tiada lagi limpa dan lempong.
Tiada lagi sup urat dan sup perut serta lemak.
Tiada lagi udang dan sotong serta ketam.
Tiada lagi gulai bersantan.
Tiada lagi teh tarik.
Tiada lagi nasi bertambah-tambah.

Kerana saya ;
Perlu dan mesti berubah. Pengorbanan saya barangkali.

Sepatutnya saya lakukan ;
Pemakanan seimbang.
Dan senaman 20-30 minit sehari sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.
Pastikan selepas makan disusuli dengan air putih(air masak).
Itu antara intipati yang saya dapat hasil ceramah yang disampaikan di Klinik Kesihatan Arau tempohari.

Saya menulis entri ini sebaik sahaja sampai ke rumah dari berjalan kaki pusing-pusing sekitar kampus dalam menyahut "cabaran"  senaman 20-30 minit sehari sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Barangkali cabaran ini lebih mudah jika dibandingkan dengan cabaran melibatkan makanan-makanan yang masih menggiurkan itu. Sambil berjalan sambil berfikir. Adakah saya mampu menyahut cabaran ini. Atau hanya hangat-hangat tahi ayam sahaja. Lalu saya coretkan di sini. Mudah-mudahan menjadi ingatan untuk diri sendiri.

Cabaran melibatkan makan-makan tentunya lebih besar rasanya. Maklum sahajalah. Ketika selera makan masih "terbuka luas", tiada lagi sambal sotong dan udang Chef Nizar Khabi, tiada lagi udang rebus ala Chef Razak, tiada lagi sup urat Changlun, tiada lagi nasi lemak royal,tiada lagi sup perut Pak Long batu 17 Gurun. Tiada lagi Mee Udang Pulau Sayak. Katakan : Hi hi, Bye,Bye. Harap-harap seketika sahaja. Sebahagian nikmat yang mungkin telah di tarik balik kerana "kegelojohan" manusia.

Semuanya menjadi pantang. Bukan pantang jumpa. Pantang di makan kecuali sambal belacan Chef Nizar. Saya masih belum mampu memasukkannya dalam senarai di atas. Pembuka selera yang adakalanya merbahaya juga.

Ingat makan. Ingat Halalan Toyyiba. Dari sudut agama dan saintifik juga. HPA ada sebahagiannya. Beralihlah.

Razak  Nordin berpesan ; Pemakanan sihat + seimbang + senaman  = Disiplin. Mudah-mudahan saya berjaya melepasi segala cabaran tersebut.

3 comments:

SIKAKITULIS said...

semoga ustaz berjaya;)

Ibnnordin said...

Tq atas sokongan. Harap2 berjayalah.

askRAIN said...

bro ajak...

wow... kena ikut nih... tu lah kan... cabaran yang paling HEBAT adalah untuk hindarkan nafsu daripada tertarik masakan isteri... sebenarnya bau pon dah terliur... huh sukarnya.

mari kita sama2 cuba untuk hidup yang sihat.... ayuh...

p/s: saya pon dalam program diet gak... insyaAllah kita sama2 cuba.