Insyaallah. Pagi ini, kami sekeluarga akan memulakan percutian tahunan yang kami rancang setiap hujung tahun. Alhamdulillah. Setakat ini Allah s.w.t. masih memberikan kemurahan rezeki untuk kami sekeluarga. Mudah-mudahan kemurahan itu akan berterusan bersama keredhaanNya. Sentiasa mendapat rezeki yang ada barakah hendaknya.
Sambil menyelam minum air. Dalam perjalanan pulang ke Kg. Bukit Kulim, Marang, Terengganu, kami akan singgah beberapa hari di Kota Bharu.
Suatu hari itu isteri pernah berkata " Nak gi Kota Bharu lagilah bang, tahun lepas tak puas lagilah".
"Kan tahun lepas dah gi Kota Bahru". Saya cuba memancing andai ada faktor-faktor lain yang mendorong.
"Alah, hari tu duduk hotel biasa je, kali ni nak duk hotel yang ok-oklah sikit, baru best". Katanya penuh keyakinan.
"Ok, Abi takdok masalah". Kata saya memutuskan satu dialog ringkas antara kami berdua.
Dan saya penuh yakin bahawa barangkali itulah ketentuan Ilahi untuk kami sekeluarga. Memilih untuk ke sana lagi.
Kerana tentunya kami akan membantu perkembangan ekonomi bumi Kelantan juga. Sedikit-sedikit pun adalah juga.
Setakat ini segala perancangan berjalan lancar. Semoga semua kelancaran itu akan berterusan hingga ke akhirnya.
Setelah 3 malam berada di Kota Bharu, insyaallah kami akan meneruskan perjalanan ke kampung halaman tumpah darah saya. Tempat saya membesar dengan segala "kepayahan hidup" dan sesekali bersama air mata juga.
Dan tentunya saya amat-amat merindui segala-galanya di situ. Ya, segala-galanya. Yang menjadikan saya seperti ini hari ini. Tiada kata indah untuk dituliskan. Tetapi semuanya masih ligat beredar dalam memori ingatan ini.
Razak Nordin berpesan ; Ya Allah, permudahkanlah segala urusan kami. Lindungilah kami dari awal hingga ke akhirnya dengan limpahan rahmat Mu.
No comments:
Post a Comment