Anda mungkin.
Boleh membeli sebuah rumah tetapi bukan sebuah kediaman.
Boleh "membeli" hiburan tetapi bukan sebuah kegembiraan.
Boleh membeli tilam yang tebal dan empuk tetapi bukan tidur yang nyenyak.
Boleh menipu manusia tetapi bukan Allah s.w.t.
Boleh buat apa sahaja tetapi bukan yang dimurkai Allah s.w.t.
Boleh membeli penghormatan dunia tetapi bukan kemuliaan hakiki.
Boleh bercakap dan menulis apa sahaja yang anda suka tetapi bukan keredhaan Allah tanpa bicara.
Boleh buat apa sahaja. Tetapi di depan kita hanya dua. Pahala atau Dosa. Syurga atau Neraka. Tiada yang ketiga.
Dan jika anda.
Rasa andalah orang yang paling sibuk tentunya anak-anak Palestin di bumi Gaza lebih sibuk dari anda.
Rasa andalah orang yang paling kaya tentunya Bill Gates lebih kaya dari anda selain Allah tentunya Yang Maha Kaya.
Rasa andalah orang yang paling derita di dunia ini, bacalah sejarah Nabi Ayyub dan Nabi Zakaria untuk menyelaminya.
Rasa andalah orang yang paling pandai dan cerdik, bacalah kisah Mus'ab dan Ali bin Abi Talib.
Rasa andalah orang yang paling hansom dan segak, tanyalah Zulaikha tentang Nabi Yusuf a.s.
Rasa macam-macam. Segala-galanya dalam hidup ini. Percayalah bahawa ada orang lain yang "berbeza" dengan anda. Sama ada lebih "kurang" dari anda. Sama dengan anda. Lebih dari anda. Apa lagi yang perlu anda kesalkan.
Razak Nordin berpesan ; Lihatlah orang-orang disekeliling anda. Mudah-mudahan kita sering menginsafi diri.
No comments:
Post a Comment