Sempena memperingati peristiwa Hijratur Rasul 1431H yang akan tiba tidak berapa lama lagi, saya menerima mesej di bawah dari seorang teman lama. Dulu berkidmat di Melaka tetapi sekarang tidak pasti di mana. Baru pagi tadi saya menerimanya.
Dari Mejar Azri ;
"Semoga 12 bulan mendatang penuh cemerlang, 52 minggu kebahagiaan, 365 hari keberkatan,8760 jam penuh kasih sayang dan 525600 saat penuh senyuman. Salam Tahun Baru Hijrah 1431H dan 2010 Masihi."
Terima kasih atas ingatan. Tetapi mesej akan hanya tinggal mesej. Jika yang menulis, menghantar dan membacanya juga tidak berusaha untuk berubah kepada yang lebih baik. Tidak berusaha untuk berhijrah dari dunia kelam ke dunia cahaya yang tentu terang sinarnya. Tentunya untuk menjadi manusia yang lebih baik di bawah redha Ilahi selalu. Jika tidak. Sudahnya yang kaya hanyalah syarikat telekomunikasi juga.
Siapa lagi idola sepanjang zaman kalau bukan Rasul Junjungan. Muhammad S.A.W. Dalam dunia yang semakin rumit untuk dijelaskan dengan kata-kata. Kita sama-sama laluinya. Kita sama-sama merasainya . Kita sama-sama mengalaminya. Dan kitalah yang lebih memahaminya hendaknya.
Razak Nordin berpesan ; Saya panjangkan mesej ini juga untuk semua yang mengenali diri ini dan juga sesiapa sahaja yang sudi menjenguh pokok-kayu.blogspot.com dan ibnnordin.blogspot.com.
No comments:
Post a Comment