Tuesday, December 29, 2009

Selamat Berjuang Sahabat-Dari Ulu Pauh Ke Kok Lanas-Update


Ustaz Safuan bin Mohd Yusof
Perpisahan.


Sementara atau selamanya.

Selalunya akan melahirkan pelbagai natijah ;

Kesedihan.
Tangisan.
Kepiluan.
Kesayuan.
Kesunyian.
Titisan air mata.

Semuanya barangkali berpunca dari rasa kehilangan ;

Sahabat baik.
Teman bicara.
Rakan sekerja.
Rakan sepermainan.
Dan
Segala-galanya.

Kerana kita mungkin rindukan sesuatu darinya ;

Kebaikannya.
Keramahannya.
Ke"nakalan"nya.
Kesantunannya.
Ke"bisingan"nya.
Dan

Segalanya tentang dia.

Harapan  ;

Semoga bahagia di tempat baru. Bahagiakah Kita Di Sini Bahagian 1
Selamat berjuang sahabat di tempat barumu. Tanah rendah sekebun bunga.

Kita masih di bumi Tuhan yang sama. Semoga ukhwah dan persahabatan tidak terputus oleh batasan masa dan tempat. Kejauhan hanyalah ruang kosmos . Dan masa hanyalah pembeza ketika. Jauh hanya di mata, yang dekat tetap di hati jua.

Semoga terus tabah dalam mendepani perjalanan hidup ini. Ampun maaf jika ada sebarang tersilap kata, terlanjur bicara. Semoga ketemu lagi di lain masa dan ketika yang ditentukan oleh Nya.

Razak Nordin berpesan ; Jangan disesali pada pertemuan dahulu seandainya perpisahan yang terjadi hari ini. Kerana pertemuan itulah yang pernah membuat kita bahagia dahulunya.

1 comment:

askRAIN said...

sedih...

terasa sangat kehilangan ustaz safuan. walaupun ke PKB tapi terasa sangat kehilangannya. semoga penghijrahan ustaz akan membawa sinar baru dalam hidup ustaz safuan.