Tajuk yang aku pilih kali ini agak pelik sikit. Bercantik-cantik untuk siapa? Aku sengaja memilih tajuk ini kerana perkara yang nak aku sebutkan ini mungkin juga berlaku pada aku, kalian dan mungkin juga orang lain di sekitar hidup kalian.
Sepanjang hidup kalian, barangkali sudah banyak kali kalian menerima hadiah dari insan-insan yang kalian sayang disekeliling kalian. Mungkin juga kalian sendiri pernah memberikan hadiah kepada insan-insan yang kalian sayang dan cintai dalam hidup ini. Tapi bagi tujuan tulisan ini, aku hanya nak fokus kepada pasangan suami dan isteri, terutama hadiah yang berbentuk hiasan luaran (seperti rantai, gelang, jam tangan, tali pinggang ) dan pakaian(sama ada dalam atau luarnya-seperti baju,seluar, tudung, stokin).
Persoalannya ; Adakah semua hadiah yang kalian hadiahkan tersebut dihargai oleh pasangan kalian.Atau barangkali , kalian juga pernah tidak menghargai hadiah pemberian pasangan kalian.
Sengaja aku lontar perkara ini ,kerana kisah "sadis" seperti ini ada yang sampai ke pengetahuan aku(mungkin juga aku pernah mengalami dan kalian juga pernah mengalaminya).
Dulu-dulu aku tak ambil "pusing" sangat perkara ini. Tapi entah macam mana, tiba-tiba je rasa macam nak ambil "pusing". Bila perkara seperti ini terjadi hanya satu persoalan(tak banyak pun) yang berlegar dalam minda setengah abad aku ni ;
Kalian bercantik-cantik untuk siapa sebenarnya ;
1. Untuk diri sendiri
2. Untuk pasangan kalian yang kalian sayang dan cintai
3. Untuk rakan-rakan pejabat kalian
4. Untuk bos kalian
5. Untuk saja-saja .
Pada aku(kalian terpulanglah) , kalau jawapan kalian selain dari nombor 2, makanya betullah tindakan kalian tidak menghargai hadiah pemberian isteri atau suami kalian. Mudah-mudahan, kalian bahagia atas penderitaan pasangan kalian.
Tetapi jika kalian bercantik-cantik untuk pasangan kalian, sudah tentu kalian akan menghargai setiap pemberian hadiah yang diberikan oleh suami atau isteri kalian, kerana hadiah tersebut pastinya yang "terbaik dan tercantik" pada pandangan mata pasangan kalian. Terimalah hakikat bahawa "kecantikan dan kemachoan" kalian adalah untuk di"nikmati" oleh pasangan kalian, bukan orang lain.
Razak Nordin berpesan ; Anda bagaimana??????????. Sedangkan pelangi pun "mungkin" tidak mengetahui bahawa manusia sentiasa memuji-muji keindahannya. Kerana keindahan itu bukan untuk "dirinya" tapi untuk orang-orang yang memerhatikan. Pada kejadian pelangi itu ada pengajaran untuk orang-orang yang berfikir. Amin.
3 comments:
samo la mekap keto lawa2, bagi ore tgk, kito duk dale buke napok pung!
heheh betul tu abe dan... mekap keto bukan main... tuan keto tak mekap pun..
kita membawa imej diri kita..jadi semua org cantik sebab ciptaan tuhan. cuma kekemasan dan personaliti diri,terletak pada diri sendiri..keta pn akan melambangkan imej kiter juga sbb tu mekap kan..xmekap pn xpe,ikut individu la..org kenal kita dari personaliti yg kita bwk..sekian...ustaz dh smart doh..huahua..
Post a Comment