Monday, July 13, 2009

Kelmarin Dulu dan Kelmarin

Entahlah pasal apa, hari minggu kali ini agak melemaskan. Maybe pasal kepala aku ni rasa berat jer. Ntahlah pasal apa pulok. Lama dah tak jadi macam ni. Hujan pun mencurah2 jugoklah(orang ganung kata kira dok celik matelah-matahari dok celik mate tu maksudnya).

Tapi hari Sabtu tu, sempatlah p servis "kekasihku" kat Kangar. "Kekasihku" yang ni kena jaga betul2lah sket. Pasal mas kahwinnya mahal. Bila dah sakit nanti payah pulok nak cari ubatnya.huhuhu. Servis kali ni kenalah RM 206.10



(BUKTI BIL)

Keduanya, hari sabtu jugok,bapa dan mak mertua datang ziarah kami anak beranak kat Perlis ni. Kesempatan ni, aku nak ucap terima kasihlah kat bapa dan mak mertuaku kerana sudi mai melawat kami anak beranak kat Perlis ni. Maaflah kalau layanan kali ini tak berapa istimewa. Makan kat umah jer, pasal susah nak kuo hujan2 ngan anak2 ni. Siap bawak buah durian lagi tu(sempatlah berkelah depan umah aku -ajak Abe De, Taiko dan En. Dzul makan sekali-harap2 tu oklah kot-berkelah pagi Ahad ), cempedak, rambutan, serta kuih2(maaf, aku tak ingat nama kuih tu). Rindu kat cucu kata depa(kat aku pun rindu jugok kot, maklumlah satu-satunya menantu lelaki, hansom giler pulok tu). Untuk makluman, bini aku tu satu-satunya anak perempuan bapa dan mak mertua aku-tulah pasalnya.

Hari Ahad pulok duk lepak umah je. Kepala masih terasa berat lagi. (sempatlah berkelah depan umah aku -ajak Abe De, Taiko dan En. Dzul makan sekali-harap2 tu oklah kot

Akhirnya satu kerja pun tak jadi. Perancangan yang tadi pada hari Ahad :

1. Nak p tengok2 umah kat matrikulasi Changloon-saja nak tengok2 dulu
2. Nak p HPA beli barang2 sket
3. Nak main takraw.
Maka jadilah hari Ahad semalam tu, hari "nak" jelah, tak jadi pun. Kita merancang, Tuhan yang tentukan, aku akur.

Ketika aku menulis ni pun, kepala aku masih "berat" lagi ni. Harap2 sket2 masa lagi oklah tu. Aku bermohon padamu ya Allah.

2 comments:

adanz said...

woh deriye marin sedap best be... cuma hok isi putis je la
isi konen dokleh g....

Unknown said...

oOOo..binik dok de..picit lee..