Wednesday, July 8, 2009

Petang Rabu 8 Julai 2009

Aku postkan coretan ini lepas bagi taklimat ISO 9001:2008 kat pelajar2 baru sempena minggu Program Kenal Mesra(PKM) Sesi Julai 2009. Ikut jadualnya pukul 2.15 mulanya..makanya aku pun sebelum jam 2 dah sampai kat Dewan Besar.Itu memang stail aku kat mana2 pun. Masa tu pelajar2 takdok semua lagi. Adalah setompok(sekumpulan pelajar2 pempuan(perempuan) duk sain autograf ngan kakak2 Fasi (agak aku yang bercuti wajib kot).Awal lagi kot masa tu, aku bermonolog sendirian. Tunggu punya tunggu, jam 2.15 pun tak masuk jugok pelajar-pelajar baru ni. Rupa2nya AJK PKM buat "sport cek" mengejut kat budok2 baru,so lambatlah jadi.(Itupun setelah aku didatangi ketua Fesi untuk maklumkan perkara tersebut kat aku). Dikuti oleh Fasi-Fasi lain jugoklah.Depa pun risau jugok kot tengok aku tunggu lama. Aku macam biasa cool je dalam dewan yang amat sejuk tu. Bagi aku tak kondusif dah tu. Kondusif yang aku faham selesa, bukan sejuk.

Nasib baik aku ada bawak buku ADUHAI SUAMI. Sempat jugaklah baca beberapa topik. Best jugok,ringkas dan santai. Sampai adakalanya aku gelak sorang2.(jap2 ye, ada orang tel, no tel PTSS naik ni, rupanya kak Nurul Unit Exam tel-aku panggil dia kakak walaupun aku lebih tua, lebih mesra begitu)

Ok, sambung balik. Akhirnya dekat2 kul 2.50 baru start, kul 3.20 aku pun stoplah. Aku bagi yang asas2 je. Depa semua pun aku nampok tak larat benor dah. Kebetulan Ustaz Iruwan pun dah sampai untuk bagi taklimat Ko-Kurikulum( aku pun ada tel dia suruh mai awai sket). Tak tahulah gini pulok jadinya.

Last sekali aku sebut kat pelajar-pelajar baru. Aku sebut "INGAT TAKLIMAT KUALITI, INGAT ISO 9001: 2008 YANG DIAMALKAN DI PTSS BERMULA 06 JULAI 2009"

Kalau depa ingat yang ni pun dah kira oklah daripada tak ingat apa2 langsung.

3 comments:

adanz said...

kawe baru mula nak tinggal je zaman2 bg taklimat masa MSK ni

Ibnnordin said...

Ingat lagi masa MSK mula2 atau ke 2 gitulah...demo jadi MC kawe bagi taklimat disiplin, masa tu takdok orang, belasah jerlah , tangkap muat je mana staf yang ada, janji tak bisu je...huhuhuhuu

Zubair Al-Qodahi said...

amboi2...bernostalgia la pulak
deme2 ni...huhu...