Untuk diri cuba memahami hikmah di sebaliknya.
Untuk rekod berdasarkan ingatan saya.
Perkara serupa telah terjadi dua kali.
Pembesar suara tidak berfungsi ketika Khatib ingin menyampaikan khutbah di Pusat Islam Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin.
Dan hari ini, kejadian serupa terjadi lagi.
Sama ada suratan atau kebetulan. Saya tidak mampu untuk membuat kesimpulannya.
Walaubagaimanapun, apa yang berlaku hari ini memaksa saya untuk berfikir sejenak. Ini adalah kerana ia ditakdirkan berlaku apabila setiap kali saya "sengaja lupa" untuk membuat "ujian suara" terlebih dahulu terhadap pembesar suara yang akan digunakan oleh Khatib dan Imam.
Sama seperti ia terjadi kali pertama dahulu.
Saya benar-benar mengambil pengajaran daripada kejadian pertama. Sebab itulah selepas kejadian pertama dahulu, membuat "ujian suara" terhadap pembesar suara yang akan digunakan untuk solat Jumaat merupakan antara kemestian pertama saya apabila tiba di Pusat Islam sebelum acara sembahyang Jumaat dilangsungkan.
Dan Apabila Allah S.W.T. Ingin Mendidik
Dan hari ini, saya sampai di Pusat Islam PTSS seawal jam 12.35 tengahari kurang lebih.
Tetapi oleh kerana badan saya terasa lenguh-lenguh dan kurang bermaya sedikit, saya mengambil peluang untuk berehat seketika di "Bilik Tetamu" Pusat Islam. Kerana itu, saya terlepas untuk membuat "ujian suara" sambil menganggap semuanya mungkin baik-baik semuanya.
Sebabnya, semenjak kejadian pertama dahulu, saya tidak pernah terlepas membuat "ujian suara" dan setiap kali itulah juga semuanya berfungsi seperti biasa.
Suratan atau kebetulannya, apabila saya terlepas membuat "ujian suara" pada kali ini, takdir serupa berulang sekali lagi.
Semua itu membuatkan saya sedia untuk berfikir semula.
Suratan atau kebetulan.
Semuanya telah terjadi dan berlalu. Tetapi emosi dan jiwa saya sedikit "terganggu" dengan apa yang telah berlaku itu.
Dan saya belum menjumpai jawapan sebenarnya.
Barangkali.
Kini.
Saya mungkin perlu mengerti lebih mendalam dan mendasar dalam untuk memaknakan erti hidup ini.
Dan juga.
Belajar memahami hikmah disebalik kejadian yang berlaku. Kecil atau besarnya juga.
SEKECIL MANA PERKARA SEKALI PUN, JANGAN SESEKALI DIREMEHKAN.
DAN.
PASTINYA JUGA HIDUP INI BANYAK KEMUNGKINAN. DAN KEMUNGKINAN ITU BERADA DI MANA-MANA. SAMA ADA KITA BERSEDIA ATAU TIDAK UNTUK MENGHADAPI ATAU MENERIMANYA.
Razak Nordin berpesan ; Kecil pun dari Allah s.w.t. Besar pun dari Allah s.w.t. juga. Kewajipan manusia adalah mengambil pelajaran dan pengajaran dari setiap perkara yang terjadi itu.
No comments:
Post a Comment