Sudah sebelas tahun rupanya. Semuanya antara "sedar dan tidak".
Ya.
Hari ini 2 Julai 2010.
Bermakna semalam, genaplah 11 tahun saya berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia khususnya sebagai staf di politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
1 Julai 1999.
11 tahun yang lalu saya mendaftarkan diri untuk berkhidmat di Politeknik Kota Kinabalu yang pada masa itu beroperasi sementara di Likas, Kota Kinabalu Sabah. Bersebelahan dengan Stadium Likas, Kota Kinabalu. Tinggal di Indah Court, yang tidak jauh dari kampus sementara yang menumpang Sekolah Menengah Teknik Likas.
Pada awalnya, menumpang seketika di rumah kawan-kawan baru dan akhirnya menjadi kawan-kawan seperjuangan sampai sekarang pun. Perbezaan bidang pengajian dan pengajaran tidaklah memisahkan sangat hubungan yang bermula di situ.
Antaranya ;
Cik Car.
Ashok.
Ad.
Mat.
Zaini.
Dan ramai lagi yang tidak tersebut nama-nama mereka di sini.
11 tahun yang dilalui.
Mungkin bagi sesetengah orang, lama juga masanya. Dan bagi sesetengah orang, 11 tahun itu mungkin tidaklah lama sangat. Terpulanglah pada penilaian dan anggapan masing-masing.
Namun, 11 tahun yang berlalu itu, saya laluinya dengan pelbagai cerita hidup.
Ada suka.
Ada duka.
Ada pahit.
Ada kelat.
Ada masam.
Ada manis.
Ada masin.
Ada hambar.
Ada tawar.
Dan segala macam lagi.
Tidaklah pasti "rasa" mana yang paling banyak dan "rasa" mana pula yang paling sedikit.
Yang pastinya, semua rasa itu bersilih dan berganti.
Datang dan pergi.
Bertamu dan sampai masanya mengundur diri.
Sesetengahnya diluahkan.
Dan sesetengah lagi dipendam dilubuk jiwa. Semuanya menjadi asam garam kehidupan yang mesti dilalui barangkali(mesti).
Moga-moga asam garam selama 11 tahun itu boleh dijadikan sebagai panduan untuk saya melalui tahun ke 12 dan seterusnya, dalam perkhidmatan kerajaan bermula Isnin nanti. Ataupun secara matematiknya bermula pukul 12 tengah malam ini.
Seronok ke 11 tahun tu?
Mampukah saya melalui "perjuangan" yang masih berbaki itu?
Jawapan untuk kedua-duanya.
Entahlah.
Jiwa dalaman banyak meronta-ronta daripada menikmati bahagia.
Banyak mencuka, berbanding senyum melebar pipi.
Ada senyum, tetapi hanya banyak yang berpura-pura.
Sampai masanya.
Insyaallah, saya akan "melarikan" diri juga.
Moga dipermudahkan untuk saya "mencari" kehidupan yang mungkin lebih baik untuk saya.
Ya.Sungguh.
Betul-betul saya maksudkannya.
Razak Nordin berpesan ;....
No comments:
Post a Comment