Tiga Golongan Yang Dicintai Allah
Dalam Hadis Qudsi disebut tiga golongan manusia yang dicintai dan paling dibenci Allah s.w.t., iaitu :
- Allah s.w.t. menyintai orang yang tawadduk, tetapi Allah s.w.t. sangat menyintai orang kaya yang tawadduk.
- Allah s.w.t. menyintai orang yang pemurah, tetapi Allah s.w.t. sangat menyintai orang miskin yang pemurah.
- Allah s.w.t. menyintai orang yang bertaubat, tetapi Allah s.w.t. sangat menyintai orang muda yang bertaubat.
Tiga Golongan Yang Dibenci Allah s.w.t. ialah :
- Allah s.w.t. membenci orang yang takbur, tetapi Allah s.w.t. sangat membenci orang kaya yang takbur.
- Allah s.w.t. membenci orang yang bakhil, tetapi Allah s.w.t. sangat membenci orang kaya yang bakhil.
- Allah s.w.t. membenci orang yang tidak mahu bertaubat, tetapi Allah s.w.t. sangat membenci orang tua yang tidak mahu bertaubat.
Rujukan Bebas : Pengajaran Ummah. Cerita Serta Doa Dari Hadith & Al Quran.
Razak Nordin berpesan ; Paling tidak pun, kita adalah satu antara tiga yang pertama dan tiada satu pun dalam tiga yang kedua itu.
No comments:
Post a Comment