Seseorang bercerita kepada saya tentang kisah 'anak-anak besar' yang tidak pergi solat Jumaat.
Apabila ditanya kenapa?
Tiga jawapan 'skema' paling kurang.
Lebih kurang begini.
'Sebab-sebab' dan 'cadangan-cadangan'.
1. Pusat Islam @ Masjid perlu di'ekon'kan.
2. Perlu dipasang LCD.(Untuk paparan khutbah kot)
3. Imam perlu ditukar ganti.
Entahlah atas sebab-sebab apa 'cadangan-cadangan' di atas telah diberikan.
Mungkin kerana sebab-sebab di ataslah menyebabkan sehingga kini mereka-mereka ini masih belum berminat untuk turut serta solat Jumaat. Entah sama ada selalu atau kadang-kadang atau jarang-jarang.
Saya jadi sedikit 'bingung' bila cuba memikirkannya.
Sudahnya Tuan Imam dan Masjid juga yang bersalah.
Razak Nordin berpesan ; Tidak sudi rasanya ingin dikomenkan.
3 comments:
nak seribu daya.taknak seribu dalih.
Jgn anta percaya dgn 3 perkara yg dicadangkan tu. Itu semua tipuan semata-mata. Boh aircond ka, LCD ke, Tukaq Iman hafiz ke...sama je. Saya cadangkan "enforcement" Tiada paksaan dalam Islam tu hanya utk org2 yg bukan Islam..tak leh paksa masuk Islam. Kalau dah Islam kena paksa ikut Islam.
Berapa ramai yang tidak bersembahyang sekarang? Apatah lagi sembahyang berjemaah.
Ada anak-anak sekarang yang menganggap sembahyang jumaat itu tidak wajib
Di Malaysia, selain Kelantan, Terengganu dan sebahagian Kedah (jabatan kerjaan cuti jumaat, swasta cuti ahad) semua bekerja pada hari Jumaat, sapa nak bawa, ajar anak-anak pergi sembahyang Jumaat.
Sekarang sebulan sekali saya ambil cuti hari Jumaat, just nak bawa dua anak lelaki saya (walaupun masih kecil) untuk pergi sembahyang jumaat)
Post a Comment