'Maha Susah dan Maha Payahnya' untuk saya menjawab apabila pertama kali ditanya kenapa lelaki ego dan tidak boleh ditegur. Kurang lebih begitulah maksud soalannya.
Sekurang-kurangnya atas beberapa sebab.
Pertama ; Kerana saya juga lelaki. Jawapan saya mungkin berat sebelah dan menyebelahi kaum sejenis.
Kedua ; Kerana payahnya untuk menjawab bagi pihak lelaki-lelaki lain. Kalau ditanya kenapa saya ego dan tidak boleh ditegur, barangkali lebih mudah untuk saya menjawabnya.
Ketiga ; Ukuran ego dan tidak boleh ditegur itu mungkin subjektif dari sudut pandang yang berbeza.
Keempat : Saya sebetulnya belum berjumpa dalil dari Quran atau Sunnah yang secara jelas membuktikan lelaki memang makhluk yang dilahirkan untuk mewarisi sifat ego dan tidak boleh ditegur.
Kajian-kajian oleh pakar-pakar mungkin ada. Tetapi untuk kali ini saya kesampingkan dahulu.
Namun, untuk tidak menghampakan si penanyanya. Saya telah membuat 'tinjauan rambang' meminta pandangan orang ramai tentang isu berkenaan.
Berikut adalah antara hasil dapatan 'tinjauan rambang' tersebut. Walaupun mungkin tidak menjawab sepenuhnya persoalan asal yang telah dibangkitkan, tetapi mudah-mudahan sedikit sebanyak 'jalannya' semakin terbuka.
Nor Fazlin Nak mintak pendapat kawan2 lah.. Kenape ek org lelaki ni susah sgt nak ucapkan terima kasih pade org yg membantu dia.. Nape org yg di bantu tu perlu bagtau baru lah dia nak ucapkan terima kasih.. Ape yg diorg ni nak kan sebenar nyer... Pening lah...about 6 months ago
Juzaili rasanya itu sudah lumrah kejadan lelaki tetapi tak semua ada sebilangnya boleh menyatakan ucapan terima kasih itu.
about 6 months ago
Abd Halim Salam sejahtera mmg betul kata Juzaili,tak semua lelaki sama,sy lain pulak,sbb sy yg selalu ucapkan terima kasih kat wife sy bila sy silap sy minta maaf tp wife sy sebaliknya.nak kata queen control tak juga sbb dia mmg patuh dgn sy hehehe mungkin dia jenis yg kurang bercakap.Mcm mana pun sy tetap bersyukor sbb dia jd wife sy,I love U so Much.Kesimpulannya kalau org tu tak kira lelaki atau perempuan kalau jenis yg pendiam ni mmg sukar nak keluarkan kata2 terima kasih mahupun utk meminta maaf pd pasangan masing2,jd kita kena lah faham jgn terlalu fikirkan perkara yg kecil,kalau tak puas hati bg tau jer,sbb sy ni mmg jenis yg suka berleter sikit hehehehe bukan apa,cuma bg nasihat.Mmg lah ego lelaki tu lebih dr perempuan,dan itu sy akui.tp bukan selalunya.
about 6 months ago
مراد Lelaki & perempuan kan bebeza....so ada lelaki yg ok dan ada juga yg ko. Maksudnya tak semua lelaki susah utk mengucapkan terimakasih dan maaf.....
about 6 months ago
Nor Fazlin Hm...thanks ye sbb bg pendapat... Kadang2 org laki ni susah nak di fahami..
about 6 months ago
Liyana hihi, yang nak menerima "terima kasih" tu buat tak ikhlas ke, hehe, saja provok, bukan LillahiTaala la. hehe
amalan ucap terima kasih tu bukan hanya pada suami isteri, mmg secara amnya, kita mesti amalkan ucapan terima kasih. kalau gi makan kat kedai, orang hantar pesanan kita pun, kan elok kita ucap terima kasih
kalau2 dapat suami hat payah ucap terima kasih ni, kita didik anak2 kita tak kira laki ka pompuan utk selalu ucapkan terima kasih, suami? lantok la, dah jadi buluh kera dah, ahahaha
about 6 months ago
Nor Fazlin Hahahaha.. Betul tu liyana.. dah mls nak pikir dah.. Nak ucap ke, tak nak ke.. Lantok lah... Yg penting kite dah buat yg terbaik untuk dia.. Buluh kera??? ape tu? tak penah dgr pon..)
about 6 months ago
Liyana buluh keras yang. tertinggal G
about 6 months ago
Nor Fazlin Oooo....;)
about 6 months ago
Juzaili jangan berbicara begitu puan/cik nor fazlin. laki atau ppun sama aje ada yang susah dan ada yang mudah difahami.
about 6 months ago
Erniezan masing2 ada ego nya,baik lelaki @ perempuan.masalah sebegini selalu terjadi dalam hidup suami isteri.tak perlu lah kita nak salah kan sesiapa.tengok lah diri kita sendiri..........
about 6 months ago
Aishah Semua orang ada ego masing2. tak kira lelaki atau perempuan. Cuma jangan melampau2 sangat sudahlah. Kalau benda tu betul tp nak dinafikan juga. Teruk sangatlah tu. Sentiasa hidup nak menang je mana boleh. Dalam pertandingan pun ada kalah dan menang. kalau tak boleh terima kekalahan susahlah.
about 6 months ago
Noor Diyana same jer..masing2 ade ego sendiri........
about 6 months ago
Tms allah buat sudah cantik ade laki ade pompuan ade langit ade bumi
cuma masing2 tak perasan jew ego masing2
about 6 months ago
Noor Diyana kalu x dapat kawal ego tu merana gak pasangan..bg yg x perasan ego tu,bile si isteri dh luahkan perasaan..buang la perasaan ego tu..untuk kebaikan bersama juga..
about 6 months ago
Abd Halim Salam sejahtera.telah dicipta kaum hawa dgn penuh kelembutan.gunakan lah dgn sebaik baiknya.Ibarat air yg menimpa batu,walaupun batu itu keras tp dgn kelembutan air,lama kelamaan batu yg keras itu pasti akan berlekuk juga.Ego lelaki mmg tak boleh dinafikan,tp kalau ada org perempuan yg cuba mencabar pasti akan menaikan lg ego yg ada pada lelaki,jd fikirlah cara terbaik utk menangani masaalah ini.Kalau boleh elakkan lah apa2 perselisihan.Mengalah bukan bermakna kita tewas dan berkeras belum tentu kita boleh menang.Sebelum terjadi perkara yg memudaratkan elok lah salah seorang kena mengalah dr berterusan tanpa kesudahan dan akhirnya anak2 yg menjadi mangsa.
about 6 months ago
Sumber
Saya Muda-Muda Dulu.
Saya bukan baik sangat tetapi bukanlah jahat sangat semasa muda-muda dahulu. Tetapi saya ada sedikit mewarisi sifat panas baran dari darah yang telah mengalir itu. Lalu menjadikan saya mudah emosional apabila bercakap dan memperkatakan sesuatu walaupun dalam perkara yang saya tidak perlu emosional pun. Dan saya juga mudah 'berpeluh' apabila ada orang-orang yang membantah dan tidak setuju dengan pandangan saya. Sahabat-sahabat yang pernah bekerja dengan saya 'dulu-dulu' rasanya lebih memahami maksudnya saya tersebut. Harap-harap saya tidak menyakiti sesiapa.
Ketika itu, memang begitu. Tiada apa yang boleh dikembalikan.
Ketika itu, memang begitu. Tiada apa yang boleh dikembalikan.
Masa muda-muda dahulu.
Dalam kebanyakan perkara, saya selalu percaya bahawa pendapat saya selalunya benar, tepat dan boleh diterima oleh semua orang. Dan orang lain 'mesti' menerima pandapat dan pandangan saya. Apabila ada orang yang membantah dan tidak bersetuju malahan mempertikaikannya, saya akan melawan secara hujah dan sedapat mungkin akan mempertahankan apa yang saya percaya itu.
Pendapat-pendapat serta pandangan-pandangan saya selalunya keras, putus dan bersifat 'berpatah arang'. Mungkin kerana darah muda lagi panas yang sedang mengalir ditambah pula dengan sikap terlalu percaya dengan pandangan sendiri.
Apabila menonton filem-filem, saya lebih suka dialog yang tegas, keras, kasar serta bersifat kepahlawanan berbanding dialog lembik serta 'tangkap leleh'.
Saya suka pidato yang bersemangat dan berapi-api. Sebab itu sedari kecil saya amat meminati pemidato-pemidato hebat dan tersohor yang tidak perlu saya tuliskan nama-nama mereka di sini.
Apabila menonton filem-filem, saya lebih suka dialog yang tegas, keras, kasar serta bersifat kepahlawanan berbanding dialog lembik serta 'tangkap leleh'.
Saya suka pidato yang bersemangat dan berapi-api. Sebab itu sedari kecil saya amat meminati pemidato-pemidato hebat dan tersohor yang tidak perlu saya tuliskan nama-nama mereka di sini.
Dan selepas saya bertambah usia dan bertambah pengalaman hidup yang pelbagai, semakin saya memahami bahawa orang-orang muda mungkin sifatnya begitu.
Terlalu percaya kepada pandangan sendiri serta 'taksub' dengan pandangan tersebut. Pandangan mereka yang bersifat keras, putus dan 'berpatah arang' sahaja.
Kadangkala mempercayai seseorang dengan mengetepikan langsung pandangan-pandangan orang lain tanpa memberi peluang langsung kepada otak untuk berfikir walau sejenak.
Itu adalah sebahagian diri saya suatu ketika dahulu bagi maksud topik di atas.
Kalau itu dikatakan ego, egolah saya ketika itu. Kalau tidak, maka tidak egolah saya ketika itu.
Dan sekarang.
Dalam usia mencecah 38 tahun, saya makin memahami makna memberi dan menerima.
Belajar mengerti bahawa ada kalanya kita perlu bersetuju untuk tidak bersetuju. Walaupun terpaksa 'mengorbankan' pandangan dan kepercayaan sendiri terhadap sesuatu perkara selagi tidak bertentangan dengan kepercayaan bersifat keagamaan.
Mengakui kelemahan dan kesilapan diri sebagai manusia biasa.
Mengakui bahawa manusia dalam banyak masa dan ketika bersifat nasiya atau sering lupa.
Mengakui bukan semua perkara akan terjangkau oleh tangan sendiri tanpa bantuan orang-orang lain.
Mengakui bahawa pendapat-pendapat atau pandangan-pandangan sendiri tidak semuanya betul dalam semua masa dan keadaan.
Mengakui bahawa adakalanya kita mesti menerima pandangan-pandangan orang lain.
Mengakui bahawa adakalanya kita terpaksa menelan kepahitan 'menerima sesuatu yang tidak sejiwa' bersama dengan hempedunya sekali.
Setakat ini, rasanya saya belum lagi menjawab persoalan kenapa lelaki ego dan tidak boleh ditegur.
Saya hanya berkongsi cerita dan pengalaman. Mungkin di dalamnya ada 'sedikit-sedikit' imbas-imbas dan sipi-sipi jawapannya.
Razak Nordin berpesan ; Jika ada kebetulannya.
Belajar mengerti bahawa ada kalanya kita perlu bersetuju untuk tidak bersetuju. Walaupun terpaksa 'mengorbankan' pandangan dan kepercayaan sendiri terhadap sesuatu perkara selagi tidak bertentangan dengan kepercayaan bersifat keagamaan.
Mengakui kelemahan dan kesilapan diri sebagai manusia biasa.
Mengakui bahawa manusia dalam banyak masa dan ketika bersifat nasiya atau sering lupa.
Mengakui bukan semua perkara akan terjangkau oleh tangan sendiri tanpa bantuan orang-orang lain.
Mengakui bahawa pendapat-pendapat atau pandangan-pandangan sendiri tidak semuanya betul dalam semua masa dan keadaan.
Mengakui bahawa adakalanya kita mesti menerima pandangan-pandangan orang lain.
Mengakui bahawa adakalanya kita terpaksa menelan kepahitan 'menerima sesuatu yang tidak sejiwa' bersama dengan hempedunya sekali.
Setakat ini, rasanya saya belum lagi menjawab persoalan kenapa lelaki ego dan tidak boleh ditegur.
Saya hanya berkongsi cerita dan pengalaman. Mungkin di dalamnya ada 'sedikit-sedikit' imbas-imbas dan sipi-sipi jawapannya.
Razak Nordin berpesan ; Jika ada kebetulannya.
3 comments:
memang ganah, masa zaman sekolah shams dulu, abe Jak kita memang bekeng. Bak kata orang, lembu di padang berhenti meragut rumput kalau abe Jak lalu. Rumput hok ada dalam mulut dah pun tertelan tanpa kunyah. Begitulah bekengnya abe Jak ni.
Tapi bekeng-bekeng pun abe Jak baik hati. best fren lagi gitu
Dulu jer...la nie dok dah...hehehe..kalu xcaya tanyalah saya....hahahahaha
Di sana padi di sini padi
Baru sempurna bernama bendang
Di sana budi di sini budi
Baru sempurna bernama orang
Post a Comment