Tuesday, August 18, 2009

Mee Rebus Terengganu

Aku uploadkan semua gambar kat bawah ni selepas selesai menikmati mee rebus Terengganu. Kira terubat jugalah rindu ini walaupun tidaklah "sepower" mee rebus kedai Bab Wie. Kedai mee rebus kesukaan aku kat Pengkalan Berangan, Marang, Terengganu. Setiap kali balik kampung, aku pasti "pekena" mee rebus tersebut walaupun hanya sekali. Melepaskan rindu kata orang. Kira cukup kenalah dengan selera aku. Sampai bini akupun, setiap kali balik Terengganu mesti ajak pekena juga mee rebus ni. Kira selera kami samalah kot.
Perkakasannya secara kasar sahaja aku bagi kat bawah ni ;
1. Kaki Ayam(belum diproses)

2. Kaki ayam direbus untuk melembutkannya(air rebusan tersebut digunakan untuk kuah mee rebus)

3. Air sedang mendidih dan melembutkan kaki-kaki ayam yang telah dipotong(boleh ambil airnya sahaja jika anda tidak makan kaki ayam)


4. Mee kuning, bahan2 yang telah campur dan ditumbuk ( bawang putih,bawang merah, lada hitam, halia), telur ayam(dipecahkan separuh masak...fuh.. dan sedikit sawi hijau adalah bahan utamanya.

5. Mee rebus yang siap untuk dimakan dan jangan lupa sambal kicap sekali. Kalau kat kampung aku, guna lada jeruk pun boleeee.

Along pun tumpang sekaki

Aku pun makan dengan berseleranya.
Cara-cara membuatnya ;
1. Tumiskan bahan-bahan yang telah ditumbuk tadi
2. Masukkan air rebusan kaki ayam ke dalam kuali.
3. Masukkan perencah sup 1/2 camca kecil(ikut kesesuaian air rebusan).
4. Garam ikut suka anda.
5. Masukkan telur, mee kuning dan sawi...siapppppppp dahhhhhhh laaaaaaaaaaa
6. Makanlah seselera mungkin jika sedap, jika tak sedap, bagi je kat ayam pagi esoknya dan jangan putus asa, cuba lagi lain kali, anda pasti ketemu kesedapannya.
Razak Nordin berpesan ; Selamat mencuba.

3 comments:

Shamia said...

wah besss nyerrr... nak oder smangkuk hntar kat bilik sebelah

askRAIN said...

weh.... kena cuba nih.... kalau guna bihun ok tak... mee kuning takleh nak telan ler....

Ibnnordin said...

Boleh jugok...janji dalam kelompok tulah..kesempatan ni nak ucapkan tahniah kerana dapat cahaya mata baru...lahir lagi seorang pejuang Islam Insyaallah, macam bapaknya.