Tuesday, August 11, 2009

Versi Update-Peristiwa Pagi Ini

UPDATE 12.46 Tengahari
Maaf, bukan maksud aku nak ceritakan pasal benda yang kotor tu. Tujuan aku hanya satu dan harap ia boleh jadi pengajaran yang baik untuk kita semua. Aku saja nak mengingatkan aku dan juga Ibubapa yang lain juga, supaya lebih berhati-hati terutama waktu pagi(waktu paling kritikal untuk uruskan diri sendiri serta anak-anak) yang selalunya kita tak sempat nak berfikir. Kadang-kadang dalam kekalutan itu kita terlupa nak sediakan dypers dahulu, walaupun sebelum ini kita tidak pernah terlupa sekalipun. Kesilapan kecil yang sepatutnya menginsafkan manusia selemah kita. Dilalaikan seketika untuk kita buat kesilapan yang tidak dirancang .

ASAL
Kat sini aku nak saja hendak berkongsi sebuah kisah ringkas sahaja. Belum pernah terjadi, pagi tadi kira baru kali pertamalah. Jadi, kena ingat selalu bahawa yang belum pernah berlaku, ada kemungkinan akan berlaku. Kira oklah jugok, ada juga idea yang ringan-ringan aku nak kongsikan kat sini. Tak kiralah sama ada kaum ibu ke, kaum bapa ke. Sama-sama berkongsi kisah ini.

Pagi tadi bila si Razin bangun awal sikitlah dari biasa. Tidur dia macam tak berapa nak lena je. Bila bini aku angkat, rupanya "melepas " budak kecik ni. Dalam kekalutan pagi, bini aku pun cepat-cepatlah basuhnya. Maklumlah, banyak benda nak kena bereskan pagi-pagi ni. Ingatkan dah "selesai" budak kecik ni.
Al Kisahnya, maka terjadilah kisah ini. Lepas dah basuh bersih lagi suci itu ,sementara nak ambilkan bajunya, budak kecik itu dibiarkan "bermaharajalela" atas karpet depan TV kat ruang tamu tanpa dypers dan seluar.
Tiba-tiba terdengar isteriku menjerit. Rupa-rupanya masa dia nak pakaikan dypers, baju cantiknya itu dah terkena "sisa wangi" yang dilepaskan si Razin. Laa, tak "puas" lagi rupanya si Razin ni. Ingatkan baju isteriku sahaja yang kena. Rupa-rupanya si Razin telah menampal-nampal karpet kesayangan Uminya itu dengan "sisa-sisa" nya. Huhuhuhu.
Untuk tugasan kedua ni, akulah pulok yang kena basuhnya. Tapi Razak tak kisah. Dah biasa membuat kerja macam ni. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.
Kisah ini ditulis kembali setelah diceritakan oleh isteriku secara tidak langsung selepas dia menjerit itu.
Razak Nordin berpesan ; Setiap perkara ada kali pertamanya.
Razak nordin berpesan ; Setiap peristiwa ada pengajarannya.



No comments: