Pagi tadi aku diamanahkan oleh Ketua Jabatan untuk menghadirkan diri ke Forum Penghayatan Ramadhan Sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan 2009, di Dewan Warisan, Kangar. Boleh lihat di bawah ini ;
Backdrop Utama
Sabar Menanti Kehadiran Peserta Lain dan Ahli-Ahli Forum
Masih Sabar Menanti, Terus Menanti
Salah Seorang Peserta Contoh, Siap Buat Catatan Lagi Tu
(Lihat Bawah)
Sumbangan Ikhlas Buah Kurma Untuk Peserta
Kerusi-kerusi masih menunggu "tuan-tuannya"
Salah Seorang Peserta Contoh, Siap Buat Catatan Lagi Tu
(Lihat Bawah)
Sumbangan Ikhlas Buah Kurma Untuk Peserta
Kerusi-kerusi masih menunggu "tuan-tuannya"
Gambar-gambar di atas hanyalah sebagai "bukti" kehadiran kami ke forum tersebut. Apa yang aku hendak kongsikan disini ialah suatu perkara yang disebut oleh ahli forum daripada banyak-banyak perkara yang disebutkan.
ADAKAH KITA MERINDUI KEDATANGAN RAMADHAN?
Persoalan ini telah dilontarkan oleh salah seorang ahli forum untuk renungan semua yang hadir termasuk aku. Rasanya ada benar jugak apa yang cuba dilontarkan itu.
Apa tidaknya kata ahli forum tersebut. Antara hujahnya ialah lihatlah reaksi setiap dari kita apabila hendak menyambut kedatangan Ramadhan. Mungkin ini antara kata-kata yang terkeluar dari mulut antara kita ;
1. Laaa, Ramadhan pulok ke, puasa tahun lepas tidak habis diganti lagi
2. Ish, esok Ramadhan dah, hari ini "last"lah makan waktu siang ye.
3. Ish, Ramadhan datang lagi, rasanya baru lagi sambut rayanya. Dan banyak lagilah.
Itu antara ayat-ayat yang menunjukkan kita mungkin tidak merindui sangat kedatangan Ramadhan Al Mubarak yang penuh barakah, rahmat dan keampunan itu. Barangkalilah. Persepsi yang dilihat oleh ahli forum tersebut. Selalunya kerinduan tidak akan melahirkan perkataan Laaaaaa dengan nada yang panjang atau ishh yang menunjukkan kepada sesuatu yang menggelisahkan hati, jiwa dan perasaan. Ini ayat akulah.
Selalunya kerinduan akan melahirkan perkataan. Yes.Yes.Yes. Dan selalunya disebut-sebut berulang-ulang kali tanda terlalu gembira. Beberapa contoh mudah. Antaranya apabila cinta teruna atau dara bersambut apabila diluahkan kepada pasangan yang diminati atau seseorang yang dapat sambung belajar ke U atau memperolehi sesuatu yang menggembirakan. Barangkali tidak pernah berlaku orang yang mendapat masuk U akan berkata. Isssshhhh masuk Universitilah pulok. Paling tidak pun melompat beberapa tinggi yang boleh kalaupun tidak sampai ke syiling rumah. Ayat aku juga.
Razak Nordin berpesan ; Kau dan aku bagaimana, rindu ke dengan kedatangan Ramadhan kali ini. Harap-harap begitulah.
P/s ; Beberapa ayat dalam tulisan ini telah diedit semula kerana berlaku beberapa kesalahan kecil yang tidak disengajakan. Barangkali itulah kesan menulis pada waktu rehat tengahari dan kelas pula pada pukul 2 petang. Agak tertekan barangkali mengejar masa. Harap maaf kepada pengunjung blog ini.
2 comments:
ramai ke yang turn up?
Forum tu siapa kumpulan sasarnya?
Siapa Penceramah?
Program tersebut dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Perlis. Jadi ramai jugalah yang hadir. Surat jemputan pun dari SUK Negeri. Kumpulan sasar pun nampaknya ramai dari kalangan pegawai kerajaan, tapi isi suratnya umum sahaja. Penceramahnya Ust Abdul Rashid dari Institut Ibnu Qayyim dan Ust Khairul Anuar..seorang pendakwah bebas...
Post a Comment