HARI PERTAMA(29.08.2009)
Bertolak dari Arau kira-kira jam 9.28 minit pagi. Bersama doa dan harapan kepada Allah Maha Berkuasa agar semuanya berjalan lancar. Selamat pergi dan kembali untuk meneruskan sisa-sisa perjuangan di bidang yang aku pilih ini.
Alhamdulillah, perjalanan yang agak mendamaikan. Meredakan sikit mana-mana ketegangan-ketegangan minda dan fizikal yang bersarang dalam diri ini. Memandu di lebuhraya adakalanya mendamaikan dalam "kerisauan".
Bila sampai sahaja di area Jitra, mata mula rasa mengantuk yang amat sangat. Padahal baru lebih kurang setengah jam memandu. Bukan lama pun. Barangkali inilah antara masalah utama kebanyakkan pemandu termasuk aku juga. Aku gagahkan juga mata ini menahan mengantuk yang amat sangat itu sehingga ke RnR Gurun, Cadangnya hendak singgah lelapkan mata sekejap di situ. Sampai di RnR Gurun, mata masih mengantuk dan aku pun singgahlah seperti yang dirancangkan. "Malangnya" lelap mata yang diingini itu tidak dapat di"langsai"kan. Objektif kira tidak tercapailah.
Apa tidaknya. Ketika isteriku ambil peluang untuk ke tandas. Anak-anak pula mengambil peluang untuk memanjat-manjat tubuh badan montelku yang semakin "slim" ini. Makanya tidak dapatlah aku hendak lelapkan mata barang sekejap cuma. Selalunya bukan lama pun, cukuplah 10-15 minit. Lepaskan mengantuk kata orang.
Bila isteri sudah selesaikan "hajat"nya. Ku teruskan perjalanan ke Kamunting tanpa melangsaikan hutang mengantukku itu. Tapi kali ini, tidaklah semengantuk tadi lagi. Mata makin segar dan bugar. Harap-harap, segar dan bugarnya sampai ke Kamuntinglah.
Kelancaran perjalanan agak terganggu sikit akibat hujan lebat selepas aku bertolak dari RnR Gurun. Area Sungai Petani kalau tidak silap. Sebelum sampai ke Tol Sungai Dua hujan sudah mula reda. Sempatlah juga aku ambil beberapa keping gambar tapi tidak bercadang hendak "letakkan" di sini. Perjalanan selepas itu alhamdulillah berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Sampai di Taman Lela Satu lebih kurang pukul 12.30 tengahari. Sebelum itu, singgah sekejap di HPA Kamunting untuk dapatkan Radix Jumbo, Radix Oren dan juga air mineral. Masa sampai di Teman Lela, mataku amat mengantuk. Selesaikan mana yang patut dan aku lenakan diri sehingga jam 3 lebih untuk bangun solat jamak.
Diringkaskan. Di sini aku dapat suatu pengalaman baru berbuka puasa. Macam-macam juadah serta bebarapa jenis lauk-pauk dihidangkan. Nama-nama juadah tersebut aku tidaklah ingat sangat. Sebabnya aku bukan "jenis" peminat kuih-muih. Selalunya cukuplah berbuka dengan sedikit air, nasi dan memadai satu jenis lauk sahaja. Pauknya tidak ada pun tidak mengapa. "Razak tak kisah" . Tapi "tang" lauk pauk tu aku boleh ingat sikit-sikit. Paru-paru goreng, daging masak kurma, udang goreng, ketam rebus, taugeh besar dan beberapa jenis lagi yang aku tidak berapa ingat. "Maybe" orang putih kata, itulah satu petunjuk atau lambang seronoknya hati orang tua bila anak-anak, cucu-cucu serta menantu balik untuk berbuka puasa sama-sama . Selalunya makan berdua sahaja. Makan sahaja mana yang ada.
Satu lagi perkara yang aku hendak kongsikan di sini ialah pasal solat terawikh di surau Nur Khairiah, Taman Lela Satu. Menariknya, inilah pertama kali aku solat terawikh dalam surau yang ada "econ". Kira berhawa dingin jugalah aku malam pertama tu. Setakat yang aku tahu, semua itu hasil sumbangan ahli jemaah surau tersebut, bukan "subsidi" kerajaan pun. Suatu yang boleh dicontohi pada hemat akulah. Berdikari dari meminta-minta. Menambah kecintaan kepada hasil titik peluh sendiri. Mudah-mudahan ukhwah ahli-ahli jemaah semakin kuat dan teguh serta kekal selamanya.
Lepas 4 rakaat solat terawikh, diselangi pula dengan tazkirah ringkas selama lebih kurang 30 minit lebihlah. Kukira budaya yang sudah diterima pakai oleh semua jemaah di situ. Mereka tidak menampakkan sebarang kegelisahan dan terpancar keseronokan. Cuma aku sahaja rasa "tegang sikit" pasal lenguh pinggang dan belakang duduk bersila lama-lama. Sedang mereka yang "veteran" disekeliling aku nampak "steady" je. Terasa "koman spanarnya" diri ini. Dan pertama kalinya malam tersebut solat terawikhku berakhir lebih kurang jam 10.45 minit malam.
Razak Nordin berpesan ; Dan sesungguhnya banyak iktibar yang aku kutip sepanjang hari pertama berhujung minggu di Taman Lela Kamunting, Taiping, Perak. Catatan hari kedua Insyaallah akan menyusul.
Razak Nordin berpesan ; Sebelum sampai RnR Gurun, aku terima panggilan dari En. Rashdan Rashid untuk sediakan teks ucapan Tuan Pengarah sempena perasmian sempena Seminar Pemantapan Akidah pada 5 September 2009. Ok bos...bisa di atur setakat yang terdaya dan termampu kerana aku bukanlah yang terbaik . Aku hanya golongan marhain dan insan kerdil di pinggir kosmos milik Tuhan.
Ditulis dari bilik tengah
Dirumah 203, Jalam Limbat
Taman Lela Satu
Kamunting, Perak.
No comments:
Post a Comment