Dalam kebosanan memikirkan "macam-macam benda" di dunia ini yang sedikit sebanyak menyerabutkan kepala "hotak" aku ni. Ku "hidupkan" laptop serta pasang broadbandnya . Sebelum masuk tidur malam ini, ingin kucatatkan sesuatu setelah 2 hari 2 setengah malam Ramadhan kita lalui kali ini. Paling tidak pun, sedikit sebanyak telah mengurniakan aku sesuatu ;
1. Aku masih mampu mendirikan solat terawikh 3 malam berturut-turut secara berjemaah dengan isteriku walaupun dalam "kekalutan" dengan karenah anak-anak yang sedang membesar dengan pelbagai ragam dan karenah. Acapkali juga solat kami terganggu, walaubagaimanapun berkat kesabaran,kami dapat menunaikannya sampai selesai. Rindu juga sebenarnya hendak solat di Pusat Islam dengan sahabat-sahabat yang dikasihi . Tapi kesian juga dengan isteriku. Nanti tidak solat terawikh pulok dia jadinya. Sementara "lampu masih hijau", kesempatan ini ada baiknya aku solat berjemaah dengan isteriku di rumah. Bila "lampu sudah merah" nanti, harap-harap dapatlah aku bersama-sama sahabat-sahabat solat di Pusat Islam.
2. Aku masih dapat berbuka dan bersahur secara sederhana, ala kadar sahaja. Bukankah salah satu hikmat Ramadhan supaya kita bersederhana dalam berbelanja serta menginsafi orang-orang yang susah disekeliling kita. Kata orang, biar berpada dalam berbelanja, tapi biar "tamak dan haloba' dalam beribadat dan bersedekah. Jangan jadi sebaliknya sudahlah.
3. Aku masih dapat bertadarrus daripada takdok(tidak) terus. Meminjam kata-kata Ustaz Hazri Jusoh. Kawan lama aku, pejuang tanpa nama. Entah di mana dia sekarang. Moga kita akan dipertemukan suatu masa nanti. Selamat berjuang sahabatku. Jalan kita mungkin berbeza. Darah yang mengalir dalam urat sarafku ini makin mendingin dan tidak sehangat dulu lagi. Aku pun tidak pasti kenapa dan mengapa. Moga suatu hari ia akan kembali hangat dan menyegarkan.
4. Along demam dan batuk-batuk. Bila bagi makan ubat, nampak macam ok sikit. Bila "power" ubat sudah hilang, Along kembali terdampar. Kesianlah pulok. Bila Along kurang sihat, Abi dan Umi mula rindukan "kenakalan" yang menghiburkan itu. Petang tadi, lepas solat zohor, aku dan isteri bawa Along pergi jumpa doktor di klinik Zainuddin di Pekan Changlun. Alhamdulillah, doktor kata demam biasa sahaja. Yalah, risau jugalah dalam keadaan sekarang ini. Mudah-mudahan Along cepat sembuh untuk terus menghiburkan Abi dan Umi dengan pelbagai karenah dan kenakalanmu. Abi dan Umi sentiasa doakan.
Razak Nordin berpesan ; Anggaplah coretan ini di postkan malam tadi walaupun tidak sama seratus peratus.
No comments:
Post a Comment