Thursday, March 18, 2010

Anda Mungkin Tidak Percaya, Tetapi Ia Tetap Benar.

Dalam perjalanan pulang dari Kuala Berang tengahari tadi, kami sekeluarga singgah sebentar di Pekan Ajil untuk makan tengahari.

Sesekali mengubah selera kata orang.

Menunya ;
1. Tiga pinggan nasi putih kosong.
2. Daging singgang kurang lebih 10 ketul beserta sedikit kuahnya.
3. Dua ekor ikan keli goreng sederhana besar 
4. Segelas sirap ais .
5. Dua gelas air suam sederhana besar.
6. Sepiring budu.
7. Sedikit kuah gulai tanpa isi.

Selesai makan.

"Waper  semer, kak(Berapa semuanya, kak)", tanya saya dengan loghrat Terengganu pekat.

"Kue makang dok( kuih makan tak)", soalan dibalas dengan soalan juga.

"Dok(tak)", jawab saya ringkas.

"18.40 semer", katanya penuh  yakin.

Terkejut saya dibuatnya. Tetapi mengawal rasa terkejut itu "semacho" mungkin serta mengeluarkan duit untuk membayarnya.

Bila masuk ke kereta.

Ungkapan pertama yang keluar dari mulut isteri saya " Terkejut umi, mahalnya", katanya penuh bernada.

Dan saya buat-buat sedikit terkejut walaupun sebenarnya saya amat-amat terkejut. Lama juga masa yang kami ambil untuk bersembang bagi memuaskan hati tentang kejadian itu. Panjang dan berjela-jela sudahnya. Tetapi saya tidak ingat semuanya untuk saya tuliskan di sini.

Oh, Terengganu negeri tumpah darahku.

Sebagai anak jati Terengganu yang sudah lama mengembara mencari kehidupan di luar, saya ada pesanan untuk sesiapa yang bercadang mengunjungi negeri tumpah darahku ini. Berhati-hati bila singgah untuk makan-makan serta menjamu selera.

Saya asal di sini, setiap kali pulang ke sini. "Malangnya" setiap kali itulah juga saya ada terkena. Bukan tidak mampu dibayar tetapi membayar juga sewajarnya atas kemunasabahannya.

Anda orang luar? Berhati-hatilah.

Maaf!!! Buat orang-orang Terengganu. Bukan maksud saya untuk mengaibkan tetapi untuk menjaga nama baik negeri kita juga. Tempat jatuh dikenang, inikan pula tempat kelahiran. Nanti dijaja ke mana jua. Kalau meletak harga tu, padan patutlah. "Ke guaner gamok geng kiter".

Jangan sampai masuk mana-mana media lagi. Malulah juga, sikit-sikit pun. Macam dulu-dulu tu!!!

Razak Nordin berpesan ; Luka baru berdarah lagi ketika luka lama hampir sembuh. Peteh Ganung Peteh. Bia sapa reboh.

3 comments:

askRAIN said...

Wow... mak aiiii(suara sengau)...

ini mungkin sebabnya ustz:

1) mungkin ikan keli tu diternak dalam bilik berhawa dingin.

2) budu pulak dari ikan tuna dari perairan jepun tak pun canada

3) air kosong tu mungkin ditapis guna bio-aura

4) kuah kosong tu mungkin kosong isinya tapi mungkin pinggan tu berjenama vantage

5) oh ya nasi tu pulak mungkin beras cap serindit atau arnab dari siam :)

6) hehehehe.... mungkin dia nampak innova yang comel di parkir depan kedai kut...

p/s: bukan fitnah tapi bersangka BAIK :)

Anonymous said...

memang betui sebab inova tu comel laa..no plat sabah plak tuuu...org kaya nii...kawe pun pernah terkena jgak alkisahnya kat tganu jugak...ada kaaa patut 3 gelas ayaq nyior (bukan 3 biji) + kepok leko sepinggan (lebih kurang RM2) dibantainya harga RM 20...mcm abe jak jgak laa...sambil control macho..bayar jgak tanpa merpersoalkan harga...hahaha


cheka...

ajaknordin said...

So...dengan ini diistiharkan tak jadilah menetap di Ganu..cukuplah dilahirkan sini...

Untuk Cheka..tanah kat Ganung tu bolehlah masuk dalam mudah.my...hehehehe..

Share/Bookmark