Terkejut juga.
Bila seorang kawan menghantar mesej memaklumkan bahawa pokok-kayu.blogspot.com di "block" sedangkan katanya dia adalah "pembaca setianya".
Seingat saya, tiada yang "ganas-ganas dan panas-panas" di pokok-kayu.blogspot.com.
Hanya berkongsi cerita hidup untuk kepuasan sendiri. Dan sesiapa sahaja yang sudi membacanya. Tiada paksaan.
Sebab itu saya buat penafian di sebelah kanan blog tersebut ;
PENAFIAN
Semua coretan dalam blog ini adalah sudut pandang peribadi penulis semata-mata berdasarkan pemerhatian, pengalaman dan proses hidup yang masih bertalian. Pembaca berhak sepenuhnya sama ada untuk menerima atau menolak apa-apa yang dikemukakan dalam blog ini tanpa perlu memberikan sebab-sebab serta alasan-alasan.
Serentak itu saya cuba membukanya. Boleh pula.
Lalu saya membalas mesej tersebut dan terjadilah dialog di bawah. Kurang lebihlah.
"Aku buka boleh je", balas saya ringkas dalam kehairanan tersebut.
"Hang guna broadband ke", balasnya ringkas juga.
"Ye", jawab saya lagi ringkas.
Padan pun.
Dia menggunakan "server" PTSS.
Rupa-rupanya server PTSS yang "block" secara automatik mungkin.
"Pasal apa ye", saya bertambah kehairanan dan begitu teruja untuk mengetahuinya.
"G............. or other", jawabnya semacam pasti.
Untuk lebih pasti saya meminta tolong Adazz cuba membukanya menggunakan server PTSS.
Pasti.
Di "block" kerana dosa "g............or other" yang saya tidak lakukan pun.
Bertambah hairan saya jadi tetapi tidaklah difikirkan sangat.
Setibanya saya di rumah.
Tiba-tiba saya teringat.
Pernah dalam satu tulisan "Tersinggah Santai Di Mai Cafe" saya menggunakan perkataan "ga.......e" dan saya membuat andaian mungkin itulah puncanya pokok-kayu di "block".
Dari teori lalu saya praktikalkan. Saya ubah perkataan "g......e" tersebut dengan perkataan "terjah".
Dan hasilnya pagi ini server PTSS sudi menerima kembali pokok-kayu.blogspot.com.
Terima kasih.
Harap maaf!!! Perkataan "g......e" tidak boleh ditulis penuh. Nanti pokok-kayu di "block" lagi!!!!!
Razak Nordin berpesan ; Kadangkala sepatah kata pun menyebabkan pokok-kayu di "block". Oleh itu berhati-hatilah memilih kata. Sepatah penyebab "luka". Kecil TAPI BESAR.
2 comments:
Ustaz, Serve dia blog by word. Kalau ade bahasa2 yg mencarut atau tut..tut..Automatik dia blok. Bukannya ada org yg baca blok ustaz lepas tu dia tak suka..dia blokkkan..
Faham...Faham...Faham
Post a Comment