Mula-mula.
Saya ingin melahirkan penghargaan yang tidak terhingga kepada semua AJK Pusat Islam sama ada yang disebut namanya atau tidak disebut namanya, yang sedikit dan sebanyak telah menyumbang tenaga untuk menggerakkan aktiviti-aktiviti di Pusat Islam PTSS bagi Sesi Jan 2010.
Dimaklumkan juga, saya ada menerima email-email dari sahabat-sahabat AJK Pusat Islam tentang projek-projek dan program-program yang ingin dan akan dilaksanakan. Untuk semakan dan rujukan saya. Dan saya amat-amat menghargainya. Semuanya. Apa yang lebih penting, semua aktiviti yang telah dirancang dan diputuskan sebelum ini dapat berjalan dengan jayanya bersama redha Ilahi jua.
Cumanya.
Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk meminta maaf kepada sahabat-sahabat yang aktif bekerja kerana "tahap nafsu" saya buat masa ini berada pada tahap yang cukup "merudum". Semuanya menjadi "tidak bernafsu" untuk kebanyakan kerja yang memerlukan "nafsu dan keinginan". Harap-harapnya ia tidak berlarutan dalam tempoh yang lama. Dan saya tidak bercadang untuk mengulangi punca-punca dan sebab-sebabnya. Nanti jadi macam merungut-rungut pula. Kalau kau menjadi aku, aku yakin kau akan mengerti.
Saya juga ingin meminta maaf banyak-banyak dan pada masa yang sama ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Timbalan Pengerusi kerana terpaksa "dipanjangkan" sesetengah email untuk semakan beliau. Kepada semuanya. Hanya Allah s.w.t yang mampu membalasnya. Ameen.
Menulis ada "nafsu dan keinginan" pula?
Ya, saya masih mempunyai "nafsu dan keinginan" yang masih kuat juga untuk menulis "apa-apa sahaja" walaupun tidak sehebat mana pun.
Kerana ianya salah satu "terapi emosi,nafsu dan fikiran serta minda" yang masih saya miliki buat masa ini. Kalaupun saya tidak mampu melakukan semuanya, sekurang-kurangnya saya tidak pula meninggalkan semuanya.
Razak Nordin berpesan ; Sesekali ingatlah juga kepada Awais Al Qarni. Antara manusia hebat yang pernah hidup dipermukaan bumi ini. Dalam lipatan sejarah Islam ada kisah hebatnya. Carilah.
No comments:
Post a Comment