Arau, 2 Mac: Kebelakangan ini didapati sekumpulan burung layang-layang telah "mengganas" di kuarters PTSS terutama di Blok D1 dan D2.
Gambar Ihsan Jurugambar Amatur
Menurut saksi yang hanya mahu dikenali sebagai Ajaknordin sahaja, dia mula perasan dengan kehadiran burung layang-layang yang seolah-olah berpesta dengan jumlah yang begitu banyak itu sejak seminggu lalu tetapi dia hanya mengambil sikap tidak kisah pada masa itu.
"Pada mulanya saya buat tak endah sahaja, saya ingatkan fenomena biasa sahaja. Tetapi petang semalam kehadiran burung layang-layang dengan jumlah yang banyak itu begitu mengejutkan juga".
Apabila ditanya apakah punca kehadiran begitu banyak burung layang-layang tersebut.
Ajaknordin menjawab " Entahlah, saya pun tidak pasti, mungkin faktor kepanasan yang melanda bahagian utara sekarang ini".
Sementera itu, seorang lagi penghuni yang hanya mahu dikenali sebagai A M mengatakan bahawa dia tidak tahu menahu pun tentang kehadiran gerombolan burung layang-layang tersebut dan berharap ianya tidak akan membawa sebarang mudharat kepada penghuni kuarters PTSS sebaliknya ia akan menjadi suatu hiburan petang untuk anak-anak yang bermain di taman permainan yang terletak berhampiran kuarters tersebut.
Razak Nordin berpesan ; Tiada sial pada kehadiran burung-burung. Tapi yang sialnya ialah sesiapa yang tidak memberikan burung akan hak-haknya.
No comments:
Post a Comment