Thursday, March 4, 2010

Wajarkah Cuti Rehat Guru-Guru Hanya Tujuh Hari Setahun?

Idea untuk menulis tajuk ini bukan lahir tiba-tiba. Tetapi ia mengambil masa yang lama dan panjang untuk diterjemahkan ke dalam bentuk tulisan.

Dan kemuncaknya adalah pagi ini apabila ia terjadi lagi.

Anak kedua saya demam dan isteri terpaksa cuti kecemasan lagi. Dan dia mula susah hati dan gelisah jiwanya.

Tapi demi anak tercinta. Cutilah juga.

Persoalan.

Wajarkah Cuti Rehat guru-guru terutama ibu-ibu yang mempunyai anak-anak hanyalah 7 hari sahaja dalam setahun?

Malam tadi, anak kedua saya demam lagi membawa ke pagi tadi. Kesudahannya isteri saya dalam keberatan itu, terpaksa "mengorbankan" cutinya demi anak tercinta.

Untuk rekod. 
Bagi tahun 2010 yang baru masuk minggu pertama bulan Mac, isteri saya telah mengambil cuti kecemasan sebanyak 3 hari demi orang-orang yang dia sayang di sekeliling hidupnya.  

Orang tuanya dan juga anak-anaknya.

Dan pagi tadi.

Dia mula melahirkan rasa serba salah dengan baki jumlah cutinya yang hanya tinggal 4 hari sahaja lagi menjelang Disember 2010. Macam-macam perkara yang tidak dirancang boleh terjadi dalam tempoh tersebut dan cukupkah jumlah baki cuti yang ada dengan nisbah bulan-bulan yang akan dilalui itu.

Bukan bermaksud mendoakan kecemasan akan sentiasa berlaku. Minta dijauhkan oleh Allah s.w.t. dan semoga dipermudahkan segala urusan hidup ini.
Tetapi kegelisahan berdasarkan nisbah hari cuti yang berbaki dengan bulan-bulan yang masih panjang itu saya kira sesuatu yang munasabah dan wajar juga.

Sebagai manusia, suami kepada isteri dan Abi kepada anak-anak, saya rasa, saya "memahami" kegelisahan yang dialami oleh isteri saya itu. Bukan kerana dia isteri saya. Sebabnya ialah kerana kita semua adalah manusia. Kiri kanan, atas bawah, belakang hadapan, terlalu banyak amanah-amanah yang perlu kita laksanakan berbanding dengan waktu yang ada. Jika tidak dibazirkan untuk kerja-kerja yang "tidak perlu" pun. 

Itu baru seorang.

Katalah, seorang ibu yang mempunyai ramai anaknya. Kebetulan pula tinggal berjauhan dengan suami atas keperluan kerja dan mencari rezeki yang "belum ada" di tempat isteri. Dan ditakdirkan pula menerima ujian Allah s.w.t. dalam bentuk sakit yang silih berganti pula kepada diri sendiri dan anak-anak.

Perkara seperti ini ada yang berlaku tetapi terselindung di banyak tempat. Dialami oleh banyak orang juga.  Saya ada juga menyimpan koleksi-koleksi cerita tragis yang cuba saya maksudkan ini. Tetapi tidak sesuai rasanya untuk "diceritakan" dalam ruang yang terbatas itu. 

Sanggupkah?

Sanggupkah hati seorang ibu yang penuh dengan kasih dan sayang itu "membiarkan" anak-anak yang sedang sakit itu dibelai oleh pengasuh-pengasuh yang dibayar. Pada masa yang sama, si ibu itu pula perlu keluar untuk bekerja mencari keperluan hidup dalam dunia yang semakin mendesak ini.

Sedangkan pelukan kasih dan sayang dari seorang ibu juga adalah ubat mujarab yang bisa menyembuhkan  jiwa dan fizikal anak-anak yang sedang sakit itu.

Hanya seringkas ini.

Tetapi besarlah harapan saya jika adalah orang-orang yang mempunyai kuasa dan berkuasa yang terbaca coretan ini, moga-moga perkara ini dapat difikir-fikirkan juga. Kalau perlu dipanjangkan, panjangkan kepada sesiapa yang "perlu".

Untuk hidup yang lebih harmoni, damai dan membahgiakan semua orang.

Razak Nordin berpesan ; Tanyalah Hiroshima dan Nagasaki. Dalam segala kecanggihan dan kemajuan yang dimiliki, kenapakah rakyatnya ramai yang memilih untuk membunuh diri.

7 comments:

malik said...

Wajar. Jgn juga lupa yang cikgu2 turut bercuti time cuti sekolah. mungkin tak lah betul-betul bercuti di rumah tu (spt kena semak kertas peperiksaan dan sebagainya), tapi tetap juga bercuti dan masa agak fleksible.

Dan jgn juga lupa, sbg cth utk sesi pagi, cikgu hanya betul-betul berkerja dari pukul 7.30 pagi ke 1.30 tgh hari. Ptg tu dh free.

bersyukurlah, ada byk kerja2 swasta yg mana majikan bg dlm 8 hari sj setahun utk tahun 1-3 berkerja.

ajaknordin said...

tq atas pandangan anda..ajaklah kawan lain sekali turut memberikan pandangan masing-masing, tq sekali lagi atas kunjungan anda.

adanz said...

tunggulah kawe jadi meneteri pelajare be...

Perkara biasa orang suka memberi pandangan dari sudut kejauhan, cuba anda masuk kedalam kasut orang itu sendiri... rasakan. tapi sekarang pun sudah nasib baik sebab dah nama cuti rehat khas CRK, kalau dulu cikgu hanya ada cuti sambilan yang sudah termaktub senarai sebab yang membolehkan cikgu ambil cuti, tidak seperti sekarang. namun jumlahnya agak kecil.

cikgu sekolah tadika atau pra sekolah maybe boleh balik pukul 1.30, tapi kalau sekolah menengah, selagi tak cecah pukul 3, toksah duk berangan la nak stat enjin keta. tu pun jika tiada sukan dan acara2 yg menambah lagi masa kerja.

cikgu pun sebenarnya bukan la teruja sangat dengan cuti penggal yg panjang, cuma apa yg mereka sangat inginkan ialah cuti apabila diperlukan,

itu tidak mengapa, tetapi jika dalam mood cuti pun cikgu di panggil mesyuarat, kursus dan belum masuk lagi bab cikgu yg kene jaga exam SPM, STPM dan sebagainya...


huhuhu bulih wat entri dale blog kawe neh...

pkksabah said...

Kawe setuju kalau cuti guru beri 30 hari macam kawe lo ni. Cuti semester kene keje. Buat la apa-apa yang patut. Cat sekolah ke..buat 5 s' ke..he..he..

Yang kawe dok setuju..kalau boss buat dasar tak leh ambik cuti kalau dalam hari P&P.
Yang kawe musykil, kalau kawe cuti P&P kena ganti. Kalau bini kawe cuti..tak yah nak ganti-ganti gapo..Syoookkk je...

malik said...

Kpd encik adanz, masuklah juga dlm kasut org yg ada cuma 8 hari sahaja cuti setahun. rasakan juga... 8 hari cuti, tolak cuti raya 3 hari, dah tinggal 5. cikgu, mana2 raya pun, cuti biasanya pjg dan x perlu tolak cuti thn.

cikgu sekolah menengah kalau x pukul 3 jgn harap nk balik? jgnlah satu dua contoh dijadikan sampel. lihat yg majoriti..waktu saya sekolah menengah dulu, tamat pukul 1.10 tghari sesi pagi, 85% cikgu semua dh pulang..

kalau pun yg lg 15% ni balik lewat sket..namun adakah sampai pukul 4.30 atau 5.30?? yg penting, majoriti cikgu tak perlu wajib berada di sekolah selama 9 jam setia hari.

kalau nk ikut pressure, semua keje ada pressure n cabaran tersendiri. kalau membentangkan 'derita' yg perlu cikgu2 tanggung, jgnlah juga lupa 'derita' dan cabaran utk kerja2 lain juga. begini barulah adil kan?

adanz said...

tuan rumah, saya memohon berbanyak kemaafan... tidak berniat untuk menjadikan ruangan ini sebagai medan perdebatan... saya pun tidak berminat untuk berdebat cuma sekadar memberi picisan pandangan dari orang yang memang dalam bidang tersebut.

tidak perlu menyebut nama saya jika tuan hanya berselindung di sebalik nama... tanpa dapat dikesan jejak...

tuan, atau puan? hidup ini penuh dengan pilihan... dan kitalah yang menentukannya kemana arah kehidupan kita, cuma sedikit kesal dengan tindakan segelintir yang memilih kerjaya kehidupan guru sebagai kerjaya terakhir...

wallahua'lam bissowab...

Anonymous said...

encik adanz kita ni ada pengalaman keje swasta tak? rasanya xde kot...lebih perit dan jerih, xdk masa nk lepak kedai kopi lama2..sembang2.. jd cikgu rilek lg..sebab ramai yg berbut2..padahal tgjwab besar jd cikgu ni..

Share/Bookmark