Ayam. Bermacam ayam.
Ada ayam kampung.
Ayam hutan.
Ayam Siam.
Ayam Turki.
Ayam Belanda.
Ayam Katik.
Ayam Serama.
Dan macam-macam ayam lagi.
Dan bermacam istilah pula yang ada kaitan dengan ayam. Dan selalunya yang negetif-negetif.
Macam ayam daging. Tahu makan sahaja, kerja malas.
Ibu ayam.
Bapak ayam.
Macam ayam berak kapur.
Ibu. Si ibu ayam. Telor sebijik. Riuh sekampung.
Kata bidalan, berkaki ayam.
Kalau makan, ajak-ajak ayam.
Kalau tidur, tidur-tidur ayam.
Kalau tak nampak itu rabun ayam..
Makan leher ayam nanti bersanding kepala teleng.
Makan tongkeng ayam nanti mulut tak reti diam.
Dan mungkin macam-macam lagi.
Tetapi kali ini saya ingin bawakan persepsi yang berbeza tentang ayam. Yang positif barangkali. Belajar dari ayam bagaimana cara membina hubungan. Sama ada dalam perniagaan. Dan segala macam aspek lagi yang ada kaitan dengan perhubungan antara dua pihak atau lebih.
Jika anda perasan ayam jantan akan melakukan perkara-perkara berikut semasa "mengorat" ayam betina sebelum memilikinya dan ayam betina akhirnya terpaksa menyerahkan dirinya dengan sepenuh dan rela hati.
i. Berkokok. Tujuannya untuk menarik perhatian ayam betina. Dalam membina hubungan barangkali inilah antara perkara yang perlu. Kata orang unsur "menyibuk,bising,mengada-ngada dan glamour" kadangkala perlu juga supaya dapat menarik perhatian. Terpulanglah bagaimana anda berkokok. Apa yang penting. "Berkokok". Supaya orang disekeliling anda tahu bahawa anda "ada".
ii. Iring. Tujuannya membina hubungan. Berusahalah untuk sentiasa bersamanya dengan cara yang betul dan diizinkan. Semuanya perlu dibina secara berdikit-dikit. Disiram dan dibajai supaya hubungan itu menjadi lebih terbina.
iii. Mereng sayap. Memberikan sentuhan rasa bahawa "dia" amat menyukai pasangannya. Sesekali berikan sentuhan rasa untuknya. "Take care". Kata orang-orang sekarang. Melindungi supaya ia rasa dilindungi. Memberikannya rasa cinta, supaya ia rasa dicintai. Ketika itu hatinya mungkin telah separuh cair.
iv. Kais. Tujuannya untuk menanam budi. Jika anda perasan ayam jantan akan cuba mengais-ngais mencari makanan untuk si betinanya. Si betina di dahulukan, menanam budi diutamakan. "Dia" sanggup berkorban demi si betinanya. Sebolehnya Si Jantan akan cuba menabur budi sedapat mungkin. Memberikan pertolongan sewajarnya . Memberikannya barangkali hadiah kecil tetapi penuh makna.
v. Kejar mengejar. Mencari kemesraan. Bukan untuk mencari pemenang. Sekadar mencari kemesraan. Bersenda gurau dalam batasan untuk mencari dan membina kemesraan. Saling ingat-mengingati. Berbalas panggilan telefon. Berbalas email. Berbalas SMS. Berbalas MMS. Buatlah apa sahaja. Asalkan ia boleh menambah kemesraan.
vi. Penyerahan. Bukan bermakna " body" yang tergadai. Tetapi saling memiliki, memahami dan menghargai. Dan tiada rahsia antara dua yang berbeza. Insyaallah, semuanya akan memberikan faedah yang bukan sedikit dalam apa jua bentuk hububgan. Apabila kelima-lima di atas berjalan lancar. Insyaallah yang ke VI akan datang sendiri.
Razak Nordin berpesan ; Selamat mencuba. Sesekali belajar dari ayam ; Apa salahnya.

2 comments:
tokleh ikut aye be... asa kene, ejas2 jadik... ore keno akad nikoh sumo bereh baru bulih hok no vi tu.....
huhuhu...
Post a Comment