Watak-Watak Utama
Kambing, Ayam, Kambing
Tempat
Pinggir Hutan Di Bumi Tuhan
" Awat hang termenung dan bermuram durja sahaja wahai sahabatku", tanya si lembu, mengejutkan si ayam yang sedang ralit termenung.
"Oooo..bukan apa sahabatku lembu, aku kecewalah dengan manusia-manusia ni. Hari-hari depa makan telur aku, tetapi tak pernah seorang pun antara mereka yang memanggil aku ibunya", leter ayam melepaskan apa yang terbuku di hatinya sekian lama.
"Ooo, pasal tu ke. Aku pun kecewa juga wahai si ayam. Manusia juga boleh dikatakan hari-hari meminum susu aku. Tetapi mereka pun tidak pernah memanggil aku ibunya. Kita senasiblah si ayam", kata lembu bersahaja cuba bersimpati dengan nasib yang dialami oleh si ayam.
"Aku pun sama si ayam dan si lembu sahabat-sahabatku, mereka juga hari-hari meminum susu-susuku malah ada yang menjadikan susu-susuku sebagai sabun-sabun untuk dikomersialkan. Mereka jadi kaya raya kerananya, tapi tidak pernah pun aku dipanggil ibu dan aku tak dapat royalti pun", si kambing tumpang "dua kaki" mengutuk manusia-manusia di luar sana.
"Hangpa tau ke, manusia menggelarkan kita dengan bermacam-macam gelaran", kata si lembu cuba menarik perhatian si ayam dan si kambing.
"Macam saya sendiri depa kata macam-macam, bodoh macam lembu. Bagai lembu dicucuk hidung, kononnya teruk sangatlah saya ni", telinga lembu mula kemerahan tanda ada rasa marah dalam dirinya.
"Saya pula depa gelar apa ye", kata si ayam semacam tidak sabar.
"Yang saya masih ingat depa kata antaranya, macam ayam berak kapur, hangat-hangat tahi ayam, jangan ikut rasmi ayam, bertelur sebiji, riuh sekampung, semuanya menggambarkan imej-imej yang buruk", sambung si lembu.
"Saya pula", tanya si kambing semakin tidak sabar ingin tahu apa yang manusia kata kepadanya.
"Kamu pula, depa kata busuk macam kambing gelaran bagi orang yang tak mandi, hamis pun macam kambing, bila depa pening kepala depa kata sebab makan daging kambing, depa tak salah pun", separuh panjang penjelasan si lembu.
"Oooo gitu ke, rasanya manusia-manusia ni memang tak sedar diri kot, kalau hang jumpa dengan manusia-manusia di luar sana, boleh tak habaq kat depa bahawa si kambing berpesan ; " Paku dulang, paku serpih, kata kat binatang, rupa-rupanya manusia yang lebih", pesan si kambing sambil menahan geram.
"Saya pun setuju", si ayam menyokong.
"Ok...nanti saya akan sampaikan", si lembu memberi jaminan.
Razak Nordin berpesan ; Dialog antara binatang, Razak Nordin tidak campur.
No comments:
Post a Comment