1. Adakalanya kita merasa terlalu jemu, bosan, rimas, tertekan dan gelisah. Tetapi "malangnya" kita tidak mengetahui semua sebab kenapa ia bertandang. Kadangkala ia datang dan kadangkala ia pergi.
2. Setiap malam kita diganggu mimpi-mimpi yang memenat dan meletihkan. Tetapi kita tidak mengetahui punca-punca dan sebab-sebabnya. Dan tidak tahu pula bagaimana cara untuk menghalau gangguan-gangguan mimpi itu agar "nyah pergi" dan tidak datang-datang lagi ke "dalam" tidur kita.
3. Terkadang hati ini terlalu rindu kepada kenangan dan memori silam. Tetapi semua kenangan dan memori itu hanya "hidup" dalam bayangan tanpa jasad. Ia telah pergi dan hilang jejak destinasi. Dan tidak mungkin hadir kembali. Dan kekallah kita dengan kerinduan tidak berkesudahan itu.
Razak Nordin berpesan ; Selamat berhujung minggu. Mampukah manusia hidup hanya dengan fantasi dan khayalan semata?
1 comment:
syafaakallahufiihi...
Post a Comment