Saturday, August 29, 2009

Sebelum Bertolak Ke Taman Lela Kamunting

Sebelum bertolak ke Taman Lela Kamunting Taiping Perak pada pagi yang damai ini, sempatlah aku uploadkan gambar-gambar aku, Razin dan Syuhada kat blog aku yang satu lagi. Bukan apa. Pagi ini tidaklah rajin sangat untuk aku menulis...hehehe. Untuk kepuasan diri semata.


Syukur alhmadulillah, Along nampaknya sudah semakin sihat. Bangkit-bangkit tidur terus boleh melawak, kira sihat sikitlah kot pada perkiraan aku. Risau juga hati ini. Hampir seminggu tidak berapa sihat seperti yang aku pernah ceritakan seminggu lepas. Bila makan ubat, oklah sekejap, lepas itu tidak larat pulok jadinya. Makan pun tak nak. Cengkung muka, kempis perutnya dan bertambah keciklah puteri sulung aku ni.


Malam tadi, selepas berbuka puasa. Keadaannya masih tidak larat dan asyik baring-baring serta tidak aktif langsung seperti biasa. Lalu isteriku dengan kerisauan seorang ibu cadangkan padaku untuk bawa Along ke klinik. Nurani seorang Abi seperti aku pun kesian juga tengok keadaan Along. Lemah dan tidak bermaya.


Lepas solat maghrib serta bersiap, cadangnya hendak ke klinik paling dekat sahaja di pekan Arau. Maklumlah aku pun hendak berterawikh secara berjemaah serta kebetulan 'duty' pula malam tadi. Malangnya klinik tutup pula. Terus ke Jejawi sebelum sampai ke bandar Kangar, tutup juga. Mungkin doktor pergi solat terawikh kot. Meneruskan pencarian ke Kangar. Alhamdulillah ada juga klinik yang bukanya , tapi pukul 9.30 baru doktor ada kata pembantu klinik tersebut. Akhirnya kami pergi ke klinik Menon di pekan Kangar juga. Walaupun pesakit-pasakit agak ramai, tapi aku tidaklah risau sangat. Pasal setahu aku, klinik Menon tersebut ramai doktornya. Lagipun aku sebenarnya bukan ada banyak pilihan pun . Maklumlah malam Ramadhan. Bila ada klinik yang buka, kira sudah cukup baiklah.


Kepala masa itu bercelaru juga. Pikirkan pasal anak yang kurang sihat. Pasal solat terawikh yang terpaksa dibuat secara solo serta duty pulok pada malam tadi. Tapi takperlah, masalah jika ada, kena selesai satu-satulah, mana boleh sekaligus. Syukurlah Along demam biasa sahaja. Pasal ulser dalam mulut kata doktor. Balik dari klinik kurang lebih pukul 10.10 malam sampailah ke rumah. Selesaikan mana yang patut dan terus ke pejabat warden. Sampai sana lebih kurang pukul 10.14 minit malam. Selepas pusing-pusing tinjau kawasan kamsis, sempat jugalah aku tunaikan solat terawikh walaupun secara solo. Syukur alhamdulillah.
Razak Nordin berpesan ; Semasa aku menekan butang "publish post" ini, Along sudah agak sihat dan aktif macam biasa. Harap-harap sihat walafiat sentiasa.

No comments: